.....Semenjak Mei 2008.......sebagai pelopor homestay di Kondominium Mutiara dan antara yang terawal di Pulau Pinang.

Berkonsepkan 'layan diri'...anda seperti berada di rumah sendiri bebas bergerak dan beraktiviti mengikut tujuan anda bermusafir.

Sudah ramai yang menjadi tetamu di homestay kami...
Anda bila lagi?

Berita semasa

1. Untuk keselesaan para tetamu sekelian dan atas permintaan ramai, kami telah melengkapkan 3 daripada 4 unit homestay kami dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama. Kadar sewa baru ialah RM160 utk semalam, masih jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan sewaan sebuah bilik hotel. Di sini anda seperti berada di rumah sendiri, - lengkap dengan TV (Astro), peti sejuk, dapur, rice cooker, peralatan asas memasak, disiapkan dengan mesin basuh.

2. Untuk rombongan yang menggunakan bas, adalah dimaklumkan bahawa bas atau sebarang kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kondominium atas sebab- sebab tertentu. Penumpang perlu berjalan masuk antara 100-200 meter ke blok-blok kondominium yang berkenaan.


PENGUMUMAN

Kepada tetamu dan bakal tetamu yang dihormati sekelian,

Sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat berikut semasa menginap di D'WanzaHomestay:

1. Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram, anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama. Sekiranya anda bersama dengan rakan-rakan berlainan gender, sila pastikan lebih daripada satu unit ditempah.

2. Anda meletakkan kenderaan di petak-petak parking yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan sahaja: Samada C-12, C-132, C-224 atau di sekitar Rumah Kelab Kondominium.

3. Anda menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kondominium Mutiara. (Rujuk Terkini- Syarat dan Kemaskini Peraturan)

4. Anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di D'WanzaHomestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok A. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.

5. Anda tidak membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.

6. Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara' (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

7. Sekiranya anda menginap di lebih daripada satu unit D'WanzaHOmestay, sila pastikan barang dan peralatan di dalam homestay tidak dipindah/dialihkan ke unit lain.


Harapan kami - anda semua dapat mematuhi syarat dan peraturan tertera di atas untuk memastikan kesejahteraan bersama.

Terima kasih.

Jumpa di D'WanzaHomestay



Hubungi

Wan

0195525309/0134004066 (whatsapp, tel, sms)
0162185309


Email:

dwanzahomestay@gmail.com


Lokasi:

Blok C & Blok A, Kondominium Mutiara
Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Permatang Pauh Bukit Mertajam
Pulau Pinang


Kadar sewa :

RM 150 / malam untuk satu unit
(tanpa alat pendingin hawa di bilik tidur utama - semua bilik berkipas)

RM 160/malam untuk satu unit (dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama dan & kipas angin di kesemua bilik)

-kadar yang sama walaupun pada hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah.
*potongan sehingga lebih 40% jika menginap untuk jangkamasa panjang.

*mengikut terma dan syarat

Kemudahan & Kelengkapan


3 bilik tidur/2 bilik air/ katil utk 5-6 org/TV (astro)/peti sejuk/kemudahan dapur dan alatan memasak/mesin basuh/periuk nasi elektrik/cerek/alat pemanas air/seterika/set sofa dan meja makan dll.

Pas kolam renang dan tag keluar masuk kondo.

(Semua bilik dan ruang tamu berkipas)


Masa Daftar Keluar-Masuk:

Masuk: 2:30 ptg

Keluar: 12:00 t/hari


Bilangan Tamu:

Ideal : 6 orang dewasa

Maksima: 10 orang (termasuk kanak-kanak)

(Jika ahli keluarga lebih daripada bilangan maksima, tetamu disarankan membuat tempahan lebih daripada 1 unit untuk menjamin keselesaan).

kolam

kolam
(maaf, buat masa ini ditutup kerana masalah selenggaraan)

ruang tamu- Unit 01

ruang tamu- Unit 01
Ada kipas siling 2 unit

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

dapur-Unit 01

dapur-Unit 01
Peti sejuk/rice cooker/kettle jug/sandwich maker/dapur 2 tungku/mesin basuh auto (tiada dlm gambar)/set pinggan mangkuk/periuk/kuali

master- Unit 01

master- Unit 01
Katil queen+almari+meja solek+ kipas siling + bilik air & alat pemanas air

master-Unit 01

master-Unit 01
Masjid/MPSP dan pool view dari tingkap bilik.

bilik 2 -Unit 01

bilik 2 -Unit 01
Katil bujang + pull out + almari baju + seterika dan iron board + kipas siling

bilik 3 -Unit 01

bilik 3 -Unit 01
Katil bujang + pull out + chest drawer + kipas dinding (tiada dlm gambar)

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02
View Bandar Perda dari balkoni -JJusco/MPSP/masjid dll

Dapur - Unit02

Dapur - Unit02

Master- Unit-02

Master- Unit-02
Masjid+MPSP & pool view dari tingkap

Bilik 2 -Unit2

Bilik 2 -Unit2

Bilik 3 -Unit 02

Bilik 3 -Unit 02

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha (2)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tetamu yang dihargai,

Esok seluruh umat Islam akan menyambut hari raya korban. Malam tadi seluruh jemaah haji berkumpul di padang Arafah wukuf, menghadirkan diri di situ dalam satu tempoh tertentu sebagai salah satu syarat menyempurnakan rukun ibadat haji itu (wukuf). Di Arafah para jemaah dianjurkan untuk meningkatkan amal ibadat, banyakkan berdoa, mohon keampunan dan sebagainya kerana pada ketika itu dikatakan doa-doa diangkat terus ke langit. Betapa Allah itu Maha Pengampuan dan Maha Mendengar.

Selepas waktu Asar jemaah haji akan mula bergerak ke Muzdalifah. Singgah sebentar di situ, mengutip batu2 untuk keperluan sewaktu menjalankan melontar, kemudian beredar meninggalkan kawasan padang batu dan pasir tersebut menjelang selepas tengah malam. Ketika umat Islam di tempat lain, khususnya di Malaysia bersiap-siap untuk menyambut hari raya, bertakbir pada pagi Hari Raya Aidil Adha, jemaah haji lebih fokus kepada menyempurnakan ibadat melontar di Mina.

Mengimbau kenangan semasa di Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah-Madinah menjadikan saya amat bersyukur dengan segala yang Allah takdirkan untuk saya. Doa yang saya sentiasa bisikkan dalam hati semasa sujud sentiasa Allah makbulkan. Benarlah yang selalu dikatakan orang - lintasan hati semasa di tanah suci sentiasa 'dibayar tunai'. Saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman, bukan niat untuk riya', takbur, sombong atau ada kepentingan lain. Saya mohon keampunan daripada Allah sekiranya unsur-unsur negatif itu menjadi lintasan dalam hati ini.

Hampir dalam setiap sujud terakhir apabila solat, saya sentiasa bisikkan, " Ya Allah, ampunilah dosa ku, aku hambaMu yang lemah, dosa ku banyak, amalanku kurang. Ya Allah berilah aku peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan sebanyak mungkin supaya dapat menjadi bukti dan bekalan semasa aku bertemu Mu kelak." Dan dengan segala KebesaranNya, Allah sentiasa dorongkan hati ini untuk bertindak sendiri...ketika di Arafah menjadi 'petugas tak rasmi' penyambut tamu dan penunjuk arah khemah kepada jemaah haji yang lambat sampai. Menjelang waktu subuh di Arafah dan Mina membantu makcik2 yang sesat selepas ke bilik air Ke hulu ke hilir menjengahkah kepala dari satu khemah ke satu khemah sambil membuat mengumuman kuat2 mencari waris makcik2 tersebut. Entah kenapa bila ada orang yang sesat di khemah kami, orang akan merujukkan mereka kepada saya...Alhamdulillah saya suka sangat2 sebab saya yakin Allah makbulkan doa saya!

Ketika di Mekah, boleh dikatakan selalu saja ada jemaah sesat jalan yang minta bantuan kami (ketika bersama suami atau kakak). Alhamdulillah ,kami cuba bawa mereka ke hotel berdekatan dengan masjidil haram yang jemaah di situ adalah di bawah kelolaan pakej anak syarikat Tabung Haji. Petugas di situ mempunyai akses dengan ibu pejabat tabung haji di Mekah. Pernah satu hari tu, hampir masuk waktu asar saya dan kakak berjalan cepat2 dalam masjid untuk mencari tempat yang sesuai utk solat. Tiba2 kami disapa dari belakang oleh seorang pakcik - dia sesat! Saya dan kakak buat keputusan segera, kami perlu bawa dia ke hotel yang saya nyatakan tadi, tapi dalam hati berbisik - susah nak cari tempat 'strategik' waktu asar nanti kalau dah lambat, orang pasti memenuhi setiap ruang. Tapi terdetik juga dalam hati - redha sajalah, Allah yang akan sediakan tempat untuk kita. Benar, ketika sampai di pintu masjid selepas berlari-lari anak menuju ke masjid, kami tak dapat masuk ikut jalan biasa. Dalam masjid, kami menyelit di tepi saf yang sudah dibentuk, tapi 'makcik2 polis' tak bagi - mungkin menghalang jalan. Akhirnya kami dapat duduk di satu tempat, menyelit tepi orang juga. Tiba-tiba 'polis-polis' dalam masjid mengarahkan jemaah di depan kami mengosongkan saf2 yang telah dibentuk. Harapan untuk 'dihalau' dari situ begitu tinggi, lepas ni pasti kami pula yang kena bangun. Tiba2 arahan kosongkan tempat berhenti, dalam beberapa ketika ruang di depan kami kosong, tempat kami selesa kerana saf kami adalah yang paling hadapan dalam kelompok itu. Yang paling menyentuh hati kami, kami baru tersedar yang posisi kami betul2 berada di depan pintu kaabah/ multazam. Air mata kami mengalir, bersyukur kerana Allah yang sebenarnya sediakan tempat ini untuk kami. Kalau diikutkan logik dan keadaan biasa, jika lambat ke masjid agak mustahil untuk dapat tempat solat sedemikian.

Sememangnya saya yakin, tempat itu memang Allah sediakan untuk kami, dan ditakdirkan bermula daripada hari itu, tempat itulah yang kami tuju apabila sampai awal di masjid. Mengikut cerita yang saya dengar dan daripada pengamatan, tempat itulah yang sangat 'strategik' untuk jemaah wanita dan sntiasa menjadi rebutan para jemaah wanita yang sudah berulang kali ke Mekah. Ada jemaah wanita yang bertanya kpd saya - siapa yang beritahu mengenai tempat itu...jawab saya - Allah tunjukkan!

Allah Maha Berkuasa..Dia yang Maha Mengatur. Kita hanya mampu merancang...seperti pemergian kami ke tanah suci, kalau ikutkan tahun giliran ke mekah semasa pendaftaran dibuat, kami adalah jemaah tahun ini 2009, tapi Alhamdulillah jemputan dari Allah sampai awal dua tahun! "Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"(Surah Ar Rahman)

Panjang sungguh post saya kali ni..ambil cuti hari ni...nak buat persiapan sikit2 utk raya esok. Di samping tu nak pergi kemas2 D'WanzaHomestay sebab raya kedua ada tamu nak masuk. Tahniah kepada Fisha - kerana akan melangsungkan perkahwinan dan kerana ambil langkah bijak booking homestay awal2...kalau tak salah seawal bulan mei lalu. Ramai yang tanya untuk tempah pada tarikh, tapi semuanya terpaksa 'dikecewakan' kerana habis di'borong' oleh fisha - 5 unit!

Jadi kepada bakal tetamu sekelian - kalau ada rancangan nak ke pulau pinang, perlukan penginapan, buatlah tempahan segera. InsyaAllah kami akan cuba sediakan yang terbaik untuk anda.

Akhir sekali, saya mohon keampunan dari Allah dan kemaafan daripada tuan/puan sekelian kerana coretan di atas. Bukan niat untuk sombong dan riya', sekadar berkongsi cerita dan pengalaman dengan hasrat agar kita semua lebih membesarkan keagungan Allah- tuhan sekelian alam.

Jumpa lagi dalam post akan datang.

Wassalam

Wan
D'WanzaHomestay