.....Semenjak Mei 2008.......sebagai pelopor homestay di Kondominium Mutiara dan antara yang terawal di Pulau Pinang.

Berkonsepkan 'layan diri'...anda seperti berada di rumah sendiri bebas bergerak dan beraktiviti mengikut tujuan anda bermusafir.

Sudah ramai yang menjadi tetamu di homestay kami...
Anda bila lagi?

Berita semasa

1. Untuk keselesaan para tetamu sekelian dan atas permintaan ramai, kami telah melengkapkan 3 daripada 4 unit homestay kami dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama. Kadar sewa baru ialah RM160 utk semalam, masih jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan sewaan sebuah bilik hotel. Di sini anda seperti berada di rumah sendiri, - lengkap dengan TV (Astro), peti sejuk, dapur, rice cooker, peralatan asas memasak, disiapkan dengan mesin basuh.

2. Untuk rombongan yang menggunakan bas, adalah dimaklumkan bahawa bas atau sebarang kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kondominium atas sebab- sebab tertentu. Penumpang perlu berjalan masuk antara 100-200 meter ke blok-blok kondominium yang berkenaan.


PENGUMUMAN

Kepada tetamu dan bakal tetamu yang dihormati sekelian,

Sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat berikut semasa menginap di D'WanzaHomestay:

1. Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram, anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama. Sekiranya anda bersama dengan rakan-rakan berlainan gender, sila pastikan lebih daripada satu unit ditempah.

2. Anda meletakkan kenderaan di petak-petak parking yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan sahaja: Samada C-12, C-132, C-224 atau di sekitar Rumah Kelab Kondominium.

3. Anda menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kondominium Mutiara. (Rujuk Terkini- Syarat dan Kemaskini Peraturan)

4. Anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di D'WanzaHomestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok A. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.

5. Anda tidak membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.

6. Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara' (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

7. Sekiranya anda menginap di lebih daripada satu unit D'WanzaHOmestay, sila pastikan barang dan peralatan di dalam homestay tidak dipindah/dialihkan ke unit lain.


Harapan kami - anda semua dapat mematuhi syarat dan peraturan tertera di atas untuk memastikan kesejahteraan bersama.

Terima kasih.

Jumpa di D'WanzaHomestay



Hubungi

Wan

0195525309/0134004066 (whatsapp, tel, sms)
0162185309


Email:

dwanzahomestay@gmail.com


Lokasi:

Blok C & Blok A, Kondominium Mutiara
Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Permatang Pauh Bukit Mertajam
Pulau Pinang


Kadar sewa :

RM 150 / malam untuk satu unit
(tanpa alat pendingin hawa di bilik tidur utama - semua bilik berkipas)

RM 160/malam untuk satu unit (dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama dan & kipas angin di kesemua bilik)

-kadar yang sama walaupun pada hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah.
*potongan sehingga lebih 40% jika menginap untuk jangkamasa panjang.

*mengikut terma dan syarat

Kemudahan & Kelengkapan


3 bilik tidur/2 bilik air/ katil utk 5-6 org/TV (astro)/peti sejuk/kemudahan dapur dan alatan memasak/mesin basuh/periuk nasi elektrik/cerek/alat pemanas air/seterika/set sofa dan meja makan dll.

Pas kolam renang dan tag keluar masuk kondo.

(Semua bilik dan ruang tamu berkipas)


Masa Daftar Keluar-Masuk:

Masuk: 2:30 ptg

Keluar: 12:00 t/hari


Bilangan Tamu:

Ideal : 6 orang dewasa

Maksima: 10 orang (termasuk kanak-kanak)

(Jika ahli keluarga lebih daripada bilangan maksima, tetamu disarankan membuat tempahan lebih daripada 1 unit untuk menjamin keselesaan).

kolam

kolam
(maaf, buat masa ini ditutup kerana masalah selenggaraan)

ruang tamu- Unit 01

ruang tamu- Unit 01
Ada kipas siling 2 unit

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

dapur-Unit 01

dapur-Unit 01
Peti sejuk/rice cooker/kettle jug/sandwich maker/dapur 2 tungku/mesin basuh auto (tiada dlm gambar)/set pinggan mangkuk/periuk/kuali

master- Unit 01

master- Unit 01
Katil queen+almari+meja solek+ kipas siling + bilik air & alat pemanas air

master-Unit 01

master-Unit 01
Masjid/MPSP dan pool view dari tingkap bilik.

bilik 2 -Unit 01

bilik 2 -Unit 01
Katil bujang + pull out + almari baju + seterika dan iron board + kipas siling

bilik 3 -Unit 01

bilik 3 -Unit 01
Katil bujang + pull out + chest drawer + kipas dinding (tiada dlm gambar)

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02
View Bandar Perda dari balkoni -JJusco/MPSP/masjid dll

Dapur - Unit02

Dapur - Unit02

Master- Unit-02

Master- Unit-02
Masjid+MPSP & pool view dari tingkap

Bilik 2 -Unit2

Bilik 2 -Unit2

Bilik 3 -Unit 02

Bilik 3 -Unit 02

Monday, November 29, 2010

Musim....Kahwin..Politeknik...UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

November dan Disember - musim cuti sekolah, membawa maksud yang amat sinonim dengan musim kenduri kahwin.

Tahniah kepada Pn Faridah kerana menerima menantu selepas sambutan Aidil Adha baru2 ini. Tahniah juga kpd En Arid & ahli2 keluarga Pn Zurina yang pada telahan saya juga terlibat dalam urusan perkahwinan samada secara langsung atau tidak minggu lepas.

Kepada Puan Nadly, Puan Hasnor,En Syed, Cik Zarina,Pn Rugayah,Puan Rafidah, En Nizam, Cikgu Azizah, Puan Azizah- selamat datang ke D'WanzaHOmestay dan terima kasih kerana memilih tempat kami sebagai persinggahan untuk bersama-sama meraikan 'musim yang sedang melanda'.

Cik Norlailatul (atau mungkin akan bergelar Puan tak berapa hari lagi -terima kasih kpd sepupu puan, Pn Ros krn telah mewar-warkan tempat kami) dan En Ruslan dari Terengganu- terima kasih kerana akan mengulangi kunjungan ke sini.Untuk En Shamsuddin - selamat datang bersama keluarga untuk percutian tahunan sambil bekerja untuk kali kedua di D'WanzaHomestay. Kepada Datin Ros, terima kasih tak terhingga kerana sudi menjadi tetamu jangkapanjang tetap kami untuk kali ke 3. Kepercayaan Datin dengan perkhidmatan yang kami disediakan amat dihargai.

Selain musim masjid dibina, November dan Disember juga merupakan musim pendaftaran anak-anak kita ke Politeknik Seberang Perai (kemasukan November) dan ke UiTM (kemasukan Disember). Tahniah kepada Pn Selamah, Pn Junainah, Pn Ailin dan En...(tak sempat tanya nama sbb jadi 'walk in guest' ptg tadi) kerana anak-anak tuan/puan telah berjaya mendapat tempat di IPTA. Mudah2an mereka akan memperolehi kejayaan yang kita harapkan - kejayaan dunia dan akhirat.

Bagi kemasukan ke UiTM, kalau tak salah, surat tawaran akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Jadi jika tuan/puan ingin mendapatkan penginapan yang selesa, damai dan berbaloi, berjarak 4 km daripada UiTM Pulau Pinang, bersegeralah menghubungi kami..tempat terhad, hanya 4 buah sahaja, siapa cepat dia dapat. Bagi yang dari selatan tanahair atau dari negeri di pantai timur, ambillah kesempatan menghantar anak-anak tuan/puan ini untuk melancong ke Pulau Mutiara.

Untuk tuan/puan yang pernah berkunjung ke D'WanzaHomestay, terima kasih kami ucapkan. Kunjungan anda pada masa hadapan amat kami nantikan. Silap salah serta sebarang kekurangan kami mohon dimaafkan. Harap setiap sen yang tuan/puan bayar adalah dengan penuh keredhaan.

Bagi yang belum berkunjung ke tempat kami...anda bila lagi? Kedatangan anda amat kami alu-alukan!

Selamat tahun baru 1432H / 2011M! Mudah-mudahan Allah lapangkan, luaskan dan permudahkan laluan D'WanzaHomestay pada tahun-tahun mendatang. InsyaALlah.

Jumpa lagi!

Wassalam

Kak Wan
D'WanzaHomestay
Kondominium Mutiara
Bandar Perda Permatang Pauh Bkt Mertajam PP

C-08-01/C-08-12/C-16-01/ A-02-08

Friday, September 17, 2010

Salam Aidil Fitri dan Mohon Maaf Zahir dan Batin

Seminggu sudah Syawal berlalu, yang pulang ke kampung, sudah pun kembali ke tempat masing-masing. Yang bekerja, masing-masing menyambung tugas yang ditinggalkan pada penghujung Ramadhan lalu. Anak-anak yang bersekolah – sudah kembali menyarungkan uniform sekolah walaupun ada perasaan iri bila melihat rakan-rakan dari sekolah lain atau sepupu di kampung yang masih menghabiskan cuti persekolahan minggu kedua mereka.
Apa pun tugasan kita – semuanya perlu diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Alhamdulillah kepada yang telah selamat tiba ke destinasi masing-masing. Bagi yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas, anda sebenarnya telah menjalani ujian kesabaran! Atau bagi yang terpaksa mengekori kenderaan yang memandu dengan kelajuan (kelambatan) 50 km/jam di kawasan had laju 90 km/jam dengan garisan berkembar sepanjang berkilo-kilometer jauhnya – anda juga sebenarnya telah melepasi satu ujian getir sebagai pemandu berhemah!

Pelbagai ujian yang telah, sedang dan akan ditempuhi dalam kehidupan ini…dan yang pasti ujian selepas kematian lebih berat lagi kerana anak kunci penyudahan dan penyelesaian yang melegakan di akhirat nanti ada di dunia ini. Kita yang terkadang lalai dan lupa menyediakan diri untuk memperolehi anak kunci yang dapat membuka pintu limpahan rahmat daripada ALLAH SWT. Bila sudah berpindah alam, kita sudah tidak punya peluang untuk berpatah balik ke dunia untuk mengutip anak kunci yang dicicirkan....alangkah ruginya kita nanti!

Mohon keampunan daripada ALLAH dan mohon kemaafan daripada semua tetamu dan bakal tetamu, rakan-rakan homestay sekitar Pulau Pinang, saudara mara serta sahabat handai.

InsyaAllah jumpa lagi di D’WanzaHomestay dan yang paling utama mudah-mudahan berjumpa kita semua di syurga Firdaus!

Sahur Ramadhan suatu latihan
Untuk hidupkan sepertiga malam
Salam dihulur mohon kemaafan
Agar terpadam dosa silam

Makan ketupat bersama rendang
Lemang dan dodol pun ada sama
Jika anda ke Pulau Pinang
D’WanzaHomestay jangan dilupa

Salam Aidilfitri dari kami & Maaf Zahir Batin

Wan (Sofwan & Wan Zarina serta anak2)
D’WanzaHomestay: C-08-01 / 0195525309 / 0134004066

Dan bagi pihak kesemua Ahli D’WanzaHomestayGroup :
AZM @ D’WanzaHomestay: C-08-12
D’Amani Homestay: C-16-01
D’Awan Homestay: A-02-08

Serta Pembantu Homestay: Kak Ani & Anak2

Sunday, July 25, 2010

Konvokesyen USM ke 42: 2-8 Ogos 2010

Salam sejahtera untuk para tetamu dan bakal tetamu yang diraikan sekelian,

Tahniah kepada bakal graduan USM sekelian.

Majlis konvokesyen USM akan berlangsung pada bulan Ogos ini. Kepada bakal graduan yang perlukan penginapan, bolehkan hubungi pihak pengurusan D'WanzaHomestay segera. Setakat ni sudah ada 3 tempahan yang disahkan oleh bakal graduan. InsyaAllah pengurusan D'WanzaHomestay akan cuba menyusun tempahan-tempahan lain, yang mendatang supaya bakal-bakal graduan dan ahli keluarga dapat tempat penginapan yang selesa dan damai dengan kadar yang amat berpatutan.

Kalau tak salah ada 9 sidang - bermula dari 2 Ogos hingga 8 Ogos 2010. Jika anda ingin mengelak daripada kesesakan lalu lintas di sebelah pulau, bolehlah menginap di D'WanzaHomestay- cuma mengambil masa 5 minit (kalau tiada masalah trafik) ke Tol Jambatan Pulau Pinang. 10-15 minit memandu di atas jambatan, terus anda akan sampai ke pintu pagar depan USM.

Cuba pertimbangkan, sekiranya anda menginap di hotel atau homestay di sebelah pulau - dengan kadar RM150 anda mungkin akan dapat sebuah bilik hotel dengan sebuah bilik air dan sebuah katil kelamin utk seisi keluarga atau sebuah unit homestay 2 bilik tidur dan tiada kemudahan seperti yang tersedia di tempat kami. Atau jika inginkan penginapan yang lebih selesa anda mungkin perlu membayar sehingga RM250/malam, perlu memandu meredah kesesakan lalulintas dan tentunya menambah kos petrol dan menaikkan juga tekanan darah anda kerana tension mengejar masa.

Di tempat kami - unit kondominium 3 bilik tidur & 2 bilik air, seperti rumah anda sendiri- boleh masak jika ingin berjimat dan boleh guna kolam renang tanpa perlu risau mengenai bayaran dan pakaian mandi khas. Anda blh datang bersama keluarga- ibubapa dan datuk nenek atau kepada yang sudah berkeluarga - bersama suami/isteri dan anak-anak anda untuk meraikan hari bahagia itu nanti.

Apa pun - kepada tuan/puan serta adik2 bakal graduan- tahniah. Semoga hari tersebut menjadi hari yang bersejarah dan bermakna dalam kehidupan anda. Kami berdoa agar tuan/puan semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Jumpa di D'WanzaHomestay!


Kak Wan
(x-USM)

Saturday, March 27, 2010

Salam Untuk Semua Tetamu/Bakal Tetamu dan Rakan-rakan Homestay

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

D'WanzaHomestay masih beroperasi seperti biasa walaupun tiada berita-berita terkini/post terbaru untuk tahun ini.

Kami ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada anda semua yang pernah menjadi tetamu kami yang telah menyebarluaskan maklumat homestay kami kepada saudara mara dan sahabat handai.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan pengusaha homestay di Pulau Pinang khususnya di daerah Seberang Perai yang telah mengikuti konsep D'WanzaHomestay. Jika 2 tahun yang lalu, apabila mencari perkataan "homestay" di Pulau Pinang menerusi internet, yang saya dapat hanyalah homestay di Mengkuang dan kalau tak salah di Balik Pulau - iaitu homestay yang benar2 berkonsepkan homestay dari aspek pelancongan. Alhamdulillah tak lama selepas saya mengiklankan D'WanzaHomestay di internet serta melancarkan blog ini, semakin banyak 'homestay Pulau Pinang' yang muncul dalam carian saya.

Saya bersyukur sebab kemunculan rakan-rakan homestay lain dapat membantu menampung permintaan homestay yang semakin meningkat sekarang, lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah- musim orang kahwin dan sewaktu pendaftaran pelajar di UiTM/Politeknik mahupun ke Kolej Matrikulasi.

Saya berharap kita semua - saya sendiri dan kepada rakan-rakan pengusaha homestay dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk tetamu kita. Saya mengingatkan diri sendiri agar biarlah di dalam hati ini tiada niat untuk bersaing- berlawan-lawan menarik tetamu untuk meraih keuntungan lebih. Saya berdoa agar saya sentiasa ikhlas dan redha dengan rezeki yang Allah tentukan untuk saya. Jika ditakdirkan saya dapat lebih -Alhamdulillah, mudah2an saya dapat memanjangkan sebahagian rezeki itu kepada insan lain yang lebih memerlukan. Jika memang telah tersurat tiada tetamu yang akan bertandang, Alhamdulillah juga - di sisi ALlah itu yang terbaik untuk saya...ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Janganlah kita berkeluh kesah seolah-olah tidak redha dengan ketentuanNya.

Apa rancangan yang sudah dibuat dan akan dilaksanakan untuk tahun 2010? - sudah nak masuk bulan April ni!

InsyaAllah kami akan:

1) Meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memberikan lebih kepuasan kepada para
tetamu.
2) Menawarkan kemudahan wifi - masih dalam proses, akan dilancarkan tidak lama lagi.
3) Memberi ganjaran istimewa kepada tetamu berulang pada kali ke 3 dan seterusnya
(samada dalam bentuk potongan kadar sewa istimewa atau pemberian hadiah istimewa)
4) Tetap mengekalkan kadar sewaan, 2Hari /1Malam RM150 untuk bilangan tetamu tidak
melebihi
8 orang. Tambahan RM20 akan dikenakan untuk bilangan tetamu seramai 10
- 12 orang (maksima).

Tuan/puan ada cadangan lain yang difikirkan lebih baik? Jika ada bolehlah utarakan kepada saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu2 saya sepanjang 2010 sehingga ke hari ini:

1) Rakan2 pasangan pengantin baru Maria & Hazim
2) En Mohd Rosli
3) En Sulaiman
4) Cik Mages
5) Puan Aliah Harun
6) En....& keluarga (Polis trafik dari Negeri 9)
7) Dr Roslan (kunjungan kali ke 2 dan 3)
8) En. Mohd Afandi (akan berkunjung lagi - kali ke 4)
9) En Hamzah
10) En Nizam
11) En Japri
12) En Najib dan rakan2
13) En Sharif & Pn Fatiah
14) Kak Ju & keluarga (Kelang)
15) Hj Asri & keluarga
16) En Saiful
17) En Rahim (ulang kunjung ke 2 untuk tahun ini)
18) En Arif
19) En Farid dan rakan2 (Carefour)
20) Pn Usha
21) Cik Syikin dan rakan-rakan
22) Cik Siti (Johor)

Kepada yang telah menempah untuk April - sempena konvokesyen Politeknik, Cik Ema, Puan Ana dan Cik Nazira, kedatangan anda dialu-alukan. Cik Mae dan Das- Selamat datang, anda nanti akan ditempatkan di unit ke 2 D'WanzaHomestay.

Terima kasih di atas kunjungan anda semua. Kehadiran anda amat dihargai. Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dan ketidaksempurnaan semasa menginap di tempat kami. Mohon beri pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan.

Sampai sini dulu. InsyaAllah ada kelapangan masa nanti saya menulis lagi.

Terima kasih untuk semua.


Jumpa lagi di D'WanzaHomestay

Wassalam

Wan
(Kak Wan)