Saturday, December 13, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Dah lama tak letak post baru di sini, sehingga agak terlewat nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha - hari raya korban - Hari Raya Haji kepada semua mengunjung blog ini - terutama kepada tetamu-tetamu D'WanzaHomestay - En Latip dan keluarga, Hazim dan rakan2, adik Yati (tak sempat tanya nama) dan rakan2, keluarga Roza dari Indonesia, En. Satmi dan rakan2, En. Zainal dan rakan2, En Roslan sekeluarga dan juga kepada Puan Aminah sekeluarga yang sedang bertamu.

Saya juga mengalu - alukan kedatangan Pn.Aida, Pn.Jamnah, saudara Pn Nora dari Kelantan, dan Norafifi sekeluarga.

Saya juga mohon maaf kepada tuan/puan yang terpaksa saya tolak tempahan kerana 'clash'. Alhamdulillah ada juga yang dapat tolongkan saya carikan homestay lain _ En. Md Nizam yang akan akad nikah 19/20 hb ni, En.Fairuz dan En. O...maaf lupa nama - dari Indonesia. Kepada Pn. Rohana, minta maaf banyak2 - tarikh tempahan puan tak dapat saya dan rakan 'reserve' kan. Mungkin bukan 'jodoh' kita lagi!


Pada ketika ini jemaah haji sudah selesai atau hampir selesai menyempurnakan rukun islam ke 5. Ibadah puasa mungkin lebih berat kepada pengorbanan nafsu manakala zakat pula pengorbanan harta benda, tetapi rukun kelima ini memerlukan lebih banyak pengorbanan - harta benda, nafsu, fizikal dan juga jiwa. Saya tak pandai nak tulis banyak bab haji ni, tapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman sendiri ketika musim haji yang lalu.

Hati cukup tersentuh bila melihat ramai yang berlumba-lumba mendapatkan tempat terbaik untuk bersolat di masjidil haram sehingga ada yang sanggup bertelagah di depan kaabah, atau yang sanggup menyelit bersembunyi dicelah2 jemaah wanita yang ramai kerana tidak mahu terpisah dari isteri atau saudara perempuannya.

Rasa simpati kepada mereka yang sanggup berdiri lama dengan 'sabar'nya, kemudian berebut-rebut naik bas sehingga tidak peka dengan waktu solat subuh yang sangat terhad masanya semata-mata kerana hendak berada di Mina untuk ibadah melontar yang lebih panjang tempohya. Terharu dengan kegelisahan kakak2/abang2/makcik2/pakcik2 yang uzur yang tidak sahaja bermalam malah 'bersiang' di Muzdalifah- di tengah padang pasir dengan bekalan air minuman yang hampir kehabisan.

Rasa serba salah dengan sikap segelintir manusia yang sanggup mengenepikan hak saudaranya sendiri semata-mata inginkan keselesaan berlama-lama mengurus diri di dalam bilik air yang dikongsi beramai-ramai semasa di Mina.

Terkedu dengan sikap sesetengah hajah yang baru selesai mengerjakan ibadah sai haji/umrah - yang menandakan kesempurnaan urutan ibadah, tiba2 menyingkap -buka habis telekung yang dipakai di khalayak ramai semata-mata ingin bertahalul - ingin rambutnya digunting oleh seorang haji yang menjadi pembimbing mereka. Aduh!!! Kalau nak dilihat gelagat manusia memang tidak habis....gelagat diri sendiri tak sedar ada yang memerhati- Allah Maha Melihat!

Untuk menyelami roh haji itu sendiri, saya syorkan pembaca blog ini memiliki dan membaca buku
Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini telah menjadi Best Seller Penerbitan PTS - bayangkan tak sampai setahun ia telah diulang cetak mungkin lebih drp 6 kali! Buku ini turut menjadi panduan dan penanda aras kepada kami semasa mengatur perjalanan ibadah haji dan sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Semoga tuan/puan yang dijemput oleh Allah sebagai tetamunya - samada sudah atau yang akan menerima 'jemputan' mudah2an dapat menghayati ibadah haji dan korban ini dengan lebih bermakna. Semoga segala amalan kita diterima dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin...

Jumpa lagi lain kali di alam maya - blog. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat jumpa tuan/puan sebagai tetamu kami di D'WanzaHomestay.

Wassalam



Tuesday, November 4, 2008

Musim cuti sekolah bakal menjelang lagi.....

Pertengahan November ini cuti sekolah akan bermula. Inilah masa yang sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak pergi bercuti, yang dari selatan berkunjung ke utara, yang di utara pula turun ke selatan, yang di pantai timur melangkah ke pantai barat, yang dari pantai barat pula beralih angin menghirup udara segar dari laut China Selatan.

Pada waktu-waktu begini jugalah banyak 'masjid-masjid' baru didirikan. Kita mungkin menjadi sebahagian daripada agenda percutian mahu pun terlibat sama di dalam majlis-majlis 'perasmian masjid' baru pada kali ini. Sekiranya anda sudah tahu agenda anda - perlu ke utara -Pulau Pinang/ Seberang Perai - perlukan penginapan yang damai...selesa...dan murah (sewa berpatutan) untuk ahli keluarga....maka Dwanzahomestay wajar menjadi pilihan anda. Buatlah tempahan awal supaya anda berpeluang menjadi tetamu kami - InsyaAllah.

Selamat bercuti dan selamat berkunjung ke Dwanzahomestay - Jumpa anda di sana!

Thursday, October 2, 2008

SeLaMat HaRi RaYa AiDil FitRi

Masih belum terlewat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung DwanzaHomestay.blogspot.

Kepada yang pulang ke kampung halaman - berhati-hati di jalanraya, memandulah dengan cermat!

Kepada yang menggunakan perkhidmatan awam - mudah-mudahan perjalanan anda pergi dan balik lancar tanpa masalah.

Pada kesempatan ini juga kami mengambil peluang untuk memohon maaf kepada semua pengunjung terutama yang telah menginap di Dwanza Homestay jika terdapat silap dan salah perkataan, perbuatan dan penulisan tanpa disedari.

SeLaMat HaRi RaYa daN MaAf ZaHiR BaTiN


Wassalam.

Friday, August 15, 2008

Tempahan untuk bulan Ogos

Assalamualaikum

Untuk makluman,tempahan untuk bulan Ogos sudah penuh sehingga 26 hb. Sekiranya anda ingin menginap selepas tarikh tersebut, sila hubungi kami dengan segera. Waktu utk menelefon - sebaik-baiknya antara pukul 1:00 tgh - 2:00 ptg atau selepas jam 5 ptg.

T.kasih

Tuesday, August 12, 2008

Promosi kadar sewa

Assalamualaikum

D'Wanza Homestay akan melanjutkan tempoh promosi kadar sewa - RM 100 shj semalam sehingga hujung tahun ini. Kadar sebenar yang ditetapkan sekarang ialah RM 150.

Sekiranya anda inginkan penginapan sementara untuk ahli keluarga atau rakan-rakan, untuk menempah bilik hotel - bagi hotel biasa (bukan bertaraf 4-5 bintang) pun kadar sewaan utk semalam boleh mencecah RM 100 bagi sebuah bilik standard, apa kata anda menginap di D'Wanza Homestay. Di sini anda akan terasa seperti berada di rumah sendiri - yang selesa dan damai....!


Wassalam

Saturday, July 5, 2008

DWanza Homestay Penang: Kemudahan & Kelengkapan

3 bilik tidur + 2 bilik air
1 katil + tilam queen, 2 katil + tilam bujang, bantal, cadar + comforter
Sofa & karpet
TV, rice cooker, peti ais, kettle jug, sandwich maker, seterika + iron board
Dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk
Kipas angin di semua bilik dan ruang tamu

Akan di 'upgrade'

astro
air cond

KEISTIMEWAAN

Mengadap kolam renang (pool-view)
Pas masuk kolam renang ( setiap hari 11:00 am - 9:00 pm kecuali Isnin)
Petak parking khas

Berdekatan dengan :
-Masjid Bandar Perda ( 4 minit) - boleh dengar azan dengan jelas.
-Jaya JUSCO Bukit Mertajam ( 5 minit)
- Stesyen minyak/farmasi/restoren/kedai/gerai/Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat ( 4 - 5 minit)
-Tol jambatan Pulau Pinang (10 minit - bergantung kepada trafik)
-Butterworth - Kulim Expressway (BKE) - (10 minit)
-Politeknik Seberang Jaya ( sebelah pagar)
-UiTM Pulau Pinang ( 5 km)

HUBUNGI:

Wan: 019-5525309 / 013-4004066 / 013-4204066

Email: kayangku2@gmail.com