Saturday, July 18, 2009

Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan.....

Alhamdulillah semenjak kebelakangan ini semakin ramai warga Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai yang berminat untuk mengusahakan homestay. Ya lah, daripada biarkan rumah kosong tiada penghuni lebih baik dibuat sesuatu - sekurang-kurangnya dapat juga menambah pendapatan. Atau pun daripada disewa secara tetap kepada orang tapi pulangan bulanannya tak cukup untuk tampung bayaran ansuran bulanan rumah, ditambah lagi dengan risiko-risiko lain seperti penyewa tak bayar sewa, rumah dan peralatan dalam rumah rosak, maka pilihan untuk mengusahakan homestay mungkin satu keputusan yang bijak.

Kepada rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam bisnes ini, semoga kita dapat bersaing secara sihat. Berlumba-lumba untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada tetamu kita di samping di cuba memperbaiki kelemahan. Saya juga masih baru, baru 14 bulan...kalau bayi mungkin baru bertatih, banyak lagi yang saya perlu pelajari dan ambil iktibar.

Di sebalik keghairahan untuk menarik tetamu berkunjung ke homestay kita, saya memperingati diri sendiri- apa-apa pun, sentiasa telus dan ikhlas. Jangan ada agenda tersembunyi, jangan ada 'hidden cost'. Saya cukup pantang kalau dlm iklan homestay ada tulis " Terms& Condition: Price and Equipment/furniture listed/shown are subject to change without prior notice." Apahal tak boleh beritahu awal2? Kalau ada perubahan, beritahu awal2, takkan tak ada contact number tetamu tu - maklumkan, "Maaf katil saya baru patah lepas tetamu keluar, jadi dalam bilik ketiga tu cuma ada tilam saja sebab tak sempat nak baiki katil". Atau "Kadar sewa Jumaat hingga Ahad RM150, hari-hari lain RM120 - tapi ini rate sah untuk unit pertama sahaja. Unit kedua saya kadarnya tetap RM150 sepanjang minggu".

Apa pun - semoga semua rakan-rakan homestay terus berjaya dan yakin dengan rezeki Allah. Peringatan untuk diri sendiri - jangan ada rasa iri dan hasad dengki. Kalau dah bukan rezeki kita, tapi rezeki orang lain, Alhamdulillah. Terus sebarkan perkhidmatan yang kita tawarkan.

Kepada para tetamu, kedatangan anda merupakan rahmat bagi kami. Kalau tetamu bertamu di rumah sendiri dikatakan datangnya membawa rahmat, dan pulangnya turut menghapuskan dosa tuan rumah, maka tetamu di homestay pula diharapkan turut membawa rahmat dan pulangnya membawa kenangan manis dan disebarkan pula kebaikan mengenai homestay kami kepada saudara mara dan sahabat handai.

Jumpa lagi di D'WanzaHomestay!

Wednesday, July 1, 2009

Tahniah Untuk Semua

Mei - Julai 2009 : Tahniah untuk Semua yang....

  • telah berjaya mendapat tempat di Kolej Matrikulasi PP / Kulim.
  • telah dan akan melangsungkan perkahwinan dengan orang Pulau Pinang.
  • anak/saudara mara baru mendaftar sebagai pelajar baru di UiTM PP pada 27 Jun.
  • anak/saudara mara akan mendaftar sebagai pelajar Politeknik SP pada 5 Julai.

Jutaan Terima Kasih dari kami. Kami cuba menyediakan yang terbaik untuk anda.

Harapan kami,

Kunjungan pertama anda bukanlah yang terakhir. Pengalaman anda di D'WanzaHomestay akan dapat dikongsi dengan saudara mara /sahabat handai / rakan taulan yang mungkin memerlukan tempat persinggahan dan penginapan seperti anda.

Wassalam.

D'WanzaHomestay