Seminggu sudah Syawal berlalu, yang pulang ke kampung, sudah pun kembali ke tempat masing-masing. Yang bekerja, masing-masing menyambung tugas yang ditinggalkan pada penghujung Ramadhan lalu. Anak-anak yang bersekolah – sudah kembali menyarungkan uniform sekolah walaupun ada perasaan iri bila melihat rakan-rakan dari sekolah lain atau sepupu di kampung yang masih menghabiskan cuti persekolahan minggu kedua mereka.
Apa pun tugasan kita – semuanya perlu diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin.
Alhamdulillah kepada yang telah selamat tiba ke destinasi masing-masing. Bagi yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas, anda sebenarnya telah menjalani ujian kesabaran! Atau bagi yang terpaksa mengekori kenderaan yang memandu dengan kelajuan (kelambatan) 50 km/jam di kawasan had laju 90 km/jam dengan garisan berkembar sepanjang berkilo-kilometer jauhnya – anda juga sebenarnya telah melepasi satu ujian getir sebagai pemandu berhemah!
Pelbagai ujian yang telah, sedang dan akan ditempuhi dalam kehidupan ini…dan yang pasti ujian selepas kematian lebih berat lagi kerana anak kunci penyudahan dan penyelesaian yang melegakan di akhirat nanti ada di dunia ini. Kita yang terkadang lalai dan lupa menyediakan diri untuk memperolehi anak kunci yang dapat membuka pintu limpahan rahmat daripada ALLAH SWT. Bila sudah berpindah alam, kita sudah tidak punya peluang untuk berpatah balik ke dunia untuk mengutip anak kunci yang dicicirkan....alangkah ruginya kita nanti!
Mohon keampunan daripada ALLAH dan mohon kemaafan daripada semua tetamu dan bakal tetamu, rakan-rakan homestay sekitar Pulau Pinang, saudara mara serta sahabat handai.
InsyaAllah jumpa lagi di D’WanzaHomestay dan yang paling utama mudah-mudahan berjumpa kita semua di syurga Firdaus!
Sahur Ramadhan suatu latihan
Untuk hidupkan sepertiga malam
Salam dihulur mohon kemaafan
Agar terpadam dosa silam
Makan ketupat bersama rendang
Lemang dan dodol pun ada sama
Jika anda ke Pulau Pinang
D’WanzaHomestay jangan dilupa
Salam Aidilfitri dari kami & Maaf Zahir Batin
Wan (Sofwan & Wan Zarina serta anak2)
D’WanzaHomestay: C-08-01 / 0195525309 / 0134004066
Dan bagi pihak kesemua Ahli D’WanzaHomestayGroup :
AZM @ D’WanzaHomestay: C-08-12
D’Amani Homestay: C-16-01
D’Awan Homestay: A-02-08
Serta Pembantu Homestay: Kak Ani & Anak2