.....Semenjak Mei 2008.......sebagai pelopor homestay di Kondominium Mutiara dan antara yang terawal di Pulau Pinang.
Sudah lebih 800 tetamu mengunjungi kami....tidak termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut serta bersama mereka.
Anda bila lagi?
Berita semasa
1. Untuk keselesaan para tetamu sekelian dan atas permintaan ramai, kami telah melengkapkan 3 daripada 4 unit homestay kami dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama. Kadar sewa baru ialah RM160 utk semalam, masih jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan sewaan sebuah bilik hotel. Di sini anda seperti berada di rumah sendiri, - lengkap dengan TV (Astro), peti sejuk, dapur, rice cooker, peralatan asas memasak, disiapkan dengan mesin basuh dan yang lebih penting untuk anak2 anda - kolam renang yang membiru airnya! Anda juga mungkin akan teruja sama utk berenang di sini!
PENGUMUMAN
Kepada tetamu dan bakal tetamu yang dihormati sekelian,
Sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat berikut semasa menginap di D'WanzaHomestay:
1. Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram, anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama. Sekiranya anda bersama dengan rakan-rakan berlainan gender, sila pastikan lebih daripada satu unit ditempah.
2. Anda meletakkan kenderaan di petak-petak parking yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan sahaja: Samada C-12, C-132, C-224 atau di sekitar Rumah Kelab Kondominium.
3. Anda menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kondominium Mutiara. (Rujuk Terkini- Syarat dan Kemaskini Peraturan)
4. Anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di D'WanzaHomestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok A. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.
5. Anda tidak membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.
6. Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara' (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.
7. Sekiranya anda menginap di lebih daripada satu unit D'WanzaHOmestay, sila pastikan barang dan peralatan di dalam homestay tidak dipindah/dialihkan ke unit lain.
Harapan kami - anda semua dapat mematuhi syarat dan peraturan tertera di atas untuk memastikan kesejahteraan bersama.
Terima kasih.
Jumpa di D'WanzaHomestay
0 comments:
Post a Comment