Saya juga mengalu - alukan kedatangan Pn.Aida, Pn.Jamnah, saudara Pn Nora dari Kelantan, dan Norafifi sekeluarga.
Saya juga mohon maaf kepada tuan/puan yang terpaksa saya tolak tempahan kerana 'clash'. Alhamdulillah ada juga yang dapat tolongkan saya carikan homestay lain _ En. Md Nizam yang akan akad nikah 19/20 hb ni, En.Fairuz dan En. O...maaf lupa nama - dari Indonesia. Kepada Pn. Rohana, minta maaf banyak2 - tarikh tempahan puan tak dapat saya dan rakan 'reserve' kan. Mungkin bukan 'jodoh' kita lagi!
Pada ketika ini jemaah haji sudah selesai atau hampir selesai menyempurnakan rukun islam ke 5. Ibadah puasa mungkin lebih berat kepada pengorbanan nafsu manakala zakat pula pengorbanan harta benda, tetapi rukun kelima ini memerlukan lebih banyak pengorbanan - harta benda, nafsu, fizikal dan juga jiwa. Saya tak pandai nak tulis banyak bab haji ni, tapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman sendiri ketika musim haji yang lalu.
Hati cukup tersentuh bila melihat ramai yang berlumba-lumba mendapatkan tempat terbaik untuk bersolat di masjidil haram sehingga ada yang sanggup bertelagah di depan kaabah, atau yang sanggup menyelit bersembunyi dicelah2 jemaah wanita yang ramai kerana tidak mahu terpisah dari isteri atau saudara perempuannya.
Rasa simpati kepada mereka yang sanggup berdiri lama dengan 'sabar'nya, kemudian berebut-rebut naik bas sehingga tidak peka dengan waktu solat subuh yang sangat terhad masanya semata-mata kerana hendak berada di Mina untuk ibadah melontar yang lebih panjang tempohya. Terharu dengan kegelisahan kakak2/abang2/makcik2/pakcik2 yang uzur yang tidak sahaja bermalam malah 'bersiang' di Muzdalifah- di tengah padang pasir dengan bekalan air minuman yang hampir kehabisan.
Rasa serba salah dengan sikap segelintir manusia yang sanggup mengenepikan hak saudaranya sendiri semata-mata inginkan keselesaan berlama-lama mengurus diri di dalam bilik air yang dikongsi beramai-ramai semasa di Mina.
Terkedu dengan sikap sesetengah hajah yang baru selesai mengerjakan ibadah sai haji/umrah - yang menandakan kesempurnaan urutan ibadah, tiba2 menyingkap -buka habis telekung yang dipakai di khalayak ramai semata-mata ingin bertahalul - ingin rambutnya digunting oleh seorang haji yang menjadi pembimbing mereka. Aduh!!! Kalau nak dilihat gelagat manusia memang tidak habis....gelagat diri sendiri tak sedar ada yang memerhati- Allah Maha Melihat!
Untuk menyelami roh haji itu sendiri, saya syorkan pembaca blog ini memiliki dan membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini telah menjadi Best Seller Penerbitan PTS - bayangkan tak sampai setahun ia telah diulang cetak mungkin lebih drp 6 kali! Buku ini turut menjadi panduan dan penanda aras kepada kami semasa mengatur perjalanan ibadah haji dan sepanjang berada di Mekah dan Madinah.
Semoga tuan/puan yang dijemput oleh Allah sebagai tetamunya - samada sudah atau yang akan menerima 'jemputan' mudah2an dapat menghayati ibadah haji dan korban ini dengan lebih bermakna. Semoga segala amalan kita diterima dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin...
Jumpa lagi lain kali di alam maya - blog. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat jumpa tuan/puan sebagai tetamu kami di D'WanzaHomestay.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment