.....Semenjak Mei 2008.......sebagai pelopor homestay di Kondominium Mutiara dan antara yang terawal di Pulau Pinang.

Berkonsepkan 'layan diri'...anda seperti berada di rumah sendiri bebas bergerak dan beraktiviti mengikut tujuan anda bermusafir.

Sudah ramai yang menjadi tetamu di homestay kami...
Anda bila lagi?

Berita semasa

1. Untuk keselesaan para tetamu sekelian dan atas permintaan ramai, kami telah melengkapkan 3 daripada 4 unit homestay kami dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama. Kadar sewa baru ialah RM160 utk semalam, masih jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan sewaan sebuah bilik hotel. Di sini anda seperti berada di rumah sendiri, - lengkap dengan TV (Astro), peti sejuk, dapur, rice cooker, peralatan asas memasak, disiapkan dengan mesin basuh.

2. Untuk rombongan yang menggunakan bas, adalah dimaklumkan bahawa bas atau sebarang kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kondominium atas sebab- sebab tertentu. Penumpang perlu berjalan masuk antara 100-200 meter ke blok-blok kondominium yang berkenaan.


PENGUMUMAN

Kepada tetamu dan bakal tetamu yang dihormati sekelian,

Sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat berikut semasa menginap di D'WanzaHomestay:

1. Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram, anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama. Sekiranya anda bersama dengan rakan-rakan berlainan gender, sila pastikan lebih daripada satu unit ditempah.

2. Anda meletakkan kenderaan di petak-petak parking yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan sahaja: Samada C-12, C-132, C-224 atau di sekitar Rumah Kelab Kondominium.

3. Anda menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kondominium Mutiara. (Rujuk Terkini- Syarat dan Kemaskini Peraturan)

4. Anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di D'WanzaHomestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok A. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.

5. Anda tidak membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.

6. Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara' (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

7. Sekiranya anda menginap di lebih daripada satu unit D'WanzaHOmestay, sila pastikan barang dan peralatan di dalam homestay tidak dipindah/dialihkan ke unit lain.


Harapan kami - anda semua dapat mematuhi syarat dan peraturan tertera di atas untuk memastikan kesejahteraan bersama.

Terima kasih.

Jumpa di D'WanzaHomestay



Hubungi

Wan

0195525309/0134004066 (whatsapp, tel, sms)
0162185309


Email:

dwanzahomestay@gmail.com


Lokasi:

Blok C & Blok A, Kondominium Mutiara
Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Permatang Pauh Bukit Mertajam
Pulau Pinang


Kadar sewa :

RM 150 / malam untuk satu unit
(tanpa alat pendingin hawa di bilik tidur utama - semua bilik berkipas)

RM 160/malam untuk satu unit (dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama dan & kipas angin di kesemua bilik)

-kadar yang sama walaupun pada hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah.
*potongan sehingga lebih 40% jika menginap untuk jangkamasa panjang.

*mengikut terma dan syarat

Kemudahan & Kelengkapan


3 bilik tidur/2 bilik air/ katil utk 5-6 org/TV (astro)/peti sejuk/kemudahan dapur dan alatan memasak/mesin basuh/periuk nasi elektrik/cerek/alat pemanas air/seterika/set sofa dan meja makan dll.

Pas kolam renang dan tag keluar masuk kondo.

(Semua bilik dan ruang tamu berkipas)


Masa Daftar Keluar-Masuk:

Masuk: 2:30 ptg

Keluar: 12:00 t/hari


Bilangan Tamu:

Ideal : 6 orang dewasa

Maksima: 10 orang (termasuk kanak-kanak)

(Jika ahli keluarga lebih daripada bilangan maksima, tetamu disarankan membuat tempahan lebih daripada 1 unit untuk menjamin keselesaan).

kolam

kolam
(maaf, buat masa ini ditutup kerana masalah selenggaraan)

ruang tamu- Unit 01

ruang tamu- Unit 01
Ada kipas siling 2 unit

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

dapur-Unit 01

dapur-Unit 01
Peti sejuk/rice cooker/kettle jug/sandwich maker/dapur 2 tungku/mesin basuh auto (tiada dlm gambar)/set pinggan mangkuk/periuk/kuali

master- Unit 01

master- Unit 01
Katil queen+almari+meja solek+ kipas siling + bilik air & alat pemanas air

master-Unit 01

master-Unit 01
Masjid/MPSP dan pool view dari tingkap bilik.

bilik 2 -Unit 01

bilik 2 -Unit 01
Katil bujang + pull out + almari baju + seterika dan iron board + kipas siling

bilik 3 -Unit 01

bilik 3 -Unit 01
Katil bujang + pull out + chest drawer + kipas dinding (tiada dlm gambar)

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02
View Bandar Perda dari balkoni -JJusco/MPSP/masjid dll

Dapur - Unit02

Dapur - Unit02

Master- Unit-02

Master- Unit-02
Masjid+MPSP & pool view dari tingkap

Bilik 2 -Unit2

Bilik 2 -Unit2

Bilik 3 -Unit 02

Bilik 3 -Unit 02

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha (2)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tetamu yang dihargai,

Esok seluruh umat Islam akan menyambut hari raya korban. Malam tadi seluruh jemaah haji berkumpul di padang Arafah wukuf, menghadirkan diri di situ dalam satu tempoh tertentu sebagai salah satu syarat menyempurnakan rukun ibadat haji itu (wukuf). Di Arafah para jemaah dianjurkan untuk meningkatkan amal ibadat, banyakkan berdoa, mohon keampunan dan sebagainya kerana pada ketika itu dikatakan doa-doa diangkat terus ke langit. Betapa Allah itu Maha Pengampuan dan Maha Mendengar.

Selepas waktu Asar jemaah haji akan mula bergerak ke Muzdalifah. Singgah sebentar di situ, mengutip batu2 untuk keperluan sewaktu menjalankan melontar, kemudian beredar meninggalkan kawasan padang batu dan pasir tersebut menjelang selepas tengah malam. Ketika umat Islam di tempat lain, khususnya di Malaysia bersiap-siap untuk menyambut hari raya, bertakbir pada pagi Hari Raya Aidil Adha, jemaah haji lebih fokus kepada menyempurnakan ibadat melontar di Mina.

Mengimbau kenangan semasa di Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah-Madinah menjadikan saya amat bersyukur dengan segala yang Allah takdirkan untuk saya. Doa yang saya sentiasa bisikkan dalam hati semasa sujud sentiasa Allah makbulkan. Benarlah yang selalu dikatakan orang - lintasan hati semasa di tanah suci sentiasa 'dibayar tunai'. Saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman, bukan niat untuk riya', takbur, sombong atau ada kepentingan lain. Saya mohon keampunan daripada Allah sekiranya unsur-unsur negatif itu menjadi lintasan dalam hati ini.

Hampir dalam setiap sujud terakhir apabila solat, saya sentiasa bisikkan, " Ya Allah, ampunilah dosa ku, aku hambaMu yang lemah, dosa ku banyak, amalanku kurang. Ya Allah berilah aku peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan sebanyak mungkin supaya dapat menjadi bukti dan bekalan semasa aku bertemu Mu kelak." Dan dengan segala KebesaranNya, Allah sentiasa dorongkan hati ini untuk bertindak sendiri...ketika di Arafah menjadi 'petugas tak rasmi' penyambut tamu dan penunjuk arah khemah kepada jemaah haji yang lambat sampai. Menjelang waktu subuh di Arafah dan Mina membantu makcik2 yang sesat selepas ke bilik air Ke hulu ke hilir menjengahkah kepala dari satu khemah ke satu khemah sambil membuat mengumuman kuat2 mencari waris makcik2 tersebut. Entah kenapa bila ada orang yang sesat di khemah kami, orang akan merujukkan mereka kepada saya...Alhamdulillah saya suka sangat2 sebab saya yakin Allah makbulkan doa saya!

Ketika di Mekah, boleh dikatakan selalu saja ada jemaah sesat jalan yang minta bantuan kami (ketika bersama suami atau kakak). Alhamdulillah ,kami cuba bawa mereka ke hotel berdekatan dengan masjidil haram yang jemaah di situ adalah di bawah kelolaan pakej anak syarikat Tabung Haji. Petugas di situ mempunyai akses dengan ibu pejabat tabung haji di Mekah. Pernah satu hari tu, hampir masuk waktu asar saya dan kakak berjalan cepat2 dalam masjid untuk mencari tempat yang sesuai utk solat. Tiba2 kami disapa dari belakang oleh seorang pakcik - dia sesat! Saya dan kakak buat keputusan segera, kami perlu bawa dia ke hotel yang saya nyatakan tadi, tapi dalam hati berbisik - susah nak cari tempat 'strategik' waktu asar nanti kalau dah lambat, orang pasti memenuhi setiap ruang. Tapi terdetik juga dalam hati - redha sajalah, Allah yang akan sediakan tempat untuk kita. Benar, ketika sampai di pintu masjid selepas berlari-lari anak menuju ke masjid, kami tak dapat masuk ikut jalan biasa. Dalam masjid, kami menyelit di tepi saf yang sudah dibentuk, tapi 'makcik2 polis' tak bagi - mungkin menghalang jalan. Akhirnya kami dapat duduk di satu tempat, menyelit tepi orang juga. Tiba-tiba 'polis-polis' dalam masjid mengarahkan jemaah di depan kami mengosongkan saf2 yang telah dibentuk. Harapan untuk 'dihalau' dari situ begitu tinggi, lepas ni pasti kami pula yang kena bangun. Tiba2 arahan kosongkan tempat berhenti, dalam beberapa ketika ruang di depan kami kosong, tempat kami selesa kerana saf kami adalah yang paling hadapan dalam kelompok itu. Yang paling menyentuh hati kami, kami baru tersedar yang posisi kami betul2 berada di depan pintu kaabah/ multazam. Air mata kami mengalir, bersyukur kerana Allah yang sebenarnya sediakan tempat ini untuk kami. Kalau diikutkan logik dan keadaan biasa, jika lambat ke masjid agak mustahil untuk dapat tempat solat sedemikian.

Sememangnya saya yakin, tempat itu memang Allah sediakan untuk kami, dan ditakdirkan bermula daripada hari itu, tempat itulah yang kami tuju apabila sampai awal di masjid. Mengikut cerita yang saya dengar dan daripada pengamatan, tempat itulah yang sangat 'strategik' untuk jemaah wanita dan sntiasa menjadi rebutan para jemaah wanita yang sudah berulang kali ke Mekah. Ada jemaah wanita yang bertanya kpd saya - siapa yang beritahu mengenai tempat itu...jawab saya - Allah tunjukkan!

Allah Maha Berkuasa..Dia yang Maha Mengatur. Kita hanya mampu merancang...seperti pemergian kami ke tanah suci, kalau ikutkan tahun giliran ke mekah semasa pendaftaran dibuat, kami adalah jemaah tahun ini 2009, tapi Alhamdulillah jemputan dari Allah sampai awal dua tahun! "Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"(Surah Ar Rahman)

Panjang sungguh post saya kali ni..ambil cuti hari ni...nak buat persiapan sikit2 utk raya esok. Di samping tu nak pergi kemas2 D'WanzaHomestay sebab raya kedua ada tamu nak masuk. Tahniah kepada Fisha - kerana akan melangsungkan perkahwinan dan kerana ambil langkah bijak booking homestay awal2...kalau tak salah seawal bulan mei lalu. Ramai yang tanya untuk tempah pada tarikh, tapi semuanya terpaksa 'dikecewakan' kerana habis di'borong' oleh fisha - 5 unit!

Jadi kepada bakal tetamu sekelian - kalau ada rancangan nak ke pulau pinang, perlukan penginapan, buatlah tempahan segera. InsyaAllah kami akan cuba sediakan yang terbaik untuk anda.

Akhir sekali, saya mohon keampunan dari Allah dan kemaafan daripada tuan/puan sekelian kerana coretan di atas. Bukan niat untuk sombong dan riya', sekadar berkongsi cerita dan pengalaman dengan hasrat agar kita semua lebih membesarkan keagungan Allah- tuhan sekelian alam.

Jumpa lagi dalam post akan datang.

Wassalam

Wan
D'WanzaHomestay

Friday, September 25, 2009

Salam Aidil Fitri 1430 H/ 2009 M

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Suasana hari raya masih terasa walaupun sudah seminggu 1 Syawal menjelang. Kemeriahan aidil fitri yang disambut bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai lebih terasa keriangannya apabila berkebetulan dengan majlis pernikahan atau pertunangan.

Masih segar dalam ingatan tahun 1412H, persiapan raya tahun itu lebih kepada persiapan untuk majlis perkahwinan saya! Alhamdulillah, 4 Syawal 1412, dalam suasana hariraya, berwalikan arwah abang sulung, majlis akad nikah selamat dijalankan walaupun saksi pernikahan yang namanya sudah awal-awal lagi tercatat dalam borang nikah tidak dapat hadir! Bersaksi ramai hadirin yang lain termasuk sanak-saudara, majlis pernikahan serta kenduri berjalan lancar.

Jadi kepada En Zaidi - tahniah kerana selamat melangsungkan pertunangan dan En Fauzi - tahniah kerana majlis pernikahan (telahan saya). Utk Cik Hajar juga, semoga Syawal 1430 ini menjadi kenangan manis sepanjang hidup!

Pagi raya amat sinonim dengan amalan menziarahi pusara mereka yang telah meninggalkan kita. Saya cukup menghormati dan mengkagumi kerelaan En. Zul dan keluarga yang sanggup bermusafir dari Johor ke Seberang Perai pada hari raya pertama, membawa bersama seorang nenek untuk menziarahi pusara suaminya. Semoga sedikit sebanyak ziarah itu dapat mengubati kerinduan seorang nenek terhadap arwah suaminya! Mudah-mudahan perjalanan jauh mereka dengan niat untuk menziarahi pusara arwah datuk yang lama ditinggalkan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Dalam kita bergembira menyambut hariraya, janganlah lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ramai anak yatim, ibu tunggal dan keluarga yang memerlukan bantuan. Alhamdulillah kita dikurniakan kecukupan rezeki. Saya selalu ingatkan diri sendiri, sebenarnya apa yang kita miliki bukan hak mutlak diri kita sendiri, ada bahagian untuk mereka yang fakir dan miskin. Mudah-mudahan kita tidak mengambil apa yang bukan menjadi hak kita.

Hari ini, esok dan lusa diberitakan sebagai hari puncak semasa ops sikap tahun ini. Kesesakan jalan raya mungkin akan berlaku lebih dari biasa. Oleh itu kepada para pengguna jalan raya sekelian - memandulah dengan berhemah - patuhi peraturan jalan raya. Pesanan saya - jangan susahkan pemandu lain dengan samada memandu terlalu laju atau terlalu perlahan. Orang selalu kata kelajuan boleh membunuh, tapi ada kalanya terlalu perlahan juga boleh membunuh, awalnya mungkin boleh membunuh kesabaran pemandu lain yang berderet-deret mengekori kenderaan yang dipandu perlahan (pada kadar kelajuan yang tak masuk di akal!). Ini mungkin akan diakhiri dengan aksi-aksi pemanduan bahaya oleh pemandu yang akan cuba memotong walaupun pada tempat yang kurang selamat dan akhirnya......

Akhir sekali, untuk kali keduanya dalam blog ini, sempena hari raya aidil fitri , saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata atau perbuatan saya yang menyinggung mana-mana pihak, terutama para tetamu di DWanzaHomestay. Kepada rakan-rakan pengusaha Homestay di sekitar Seberang Perai, saya juga mohon maaf jika ada kesalahan yang dilakukan samada disedari atau tidak.

Wan
D'WanzaHomestay
7 Syawal 1430H


Friday, August 28, 2009

Salam Ramadhan

Masih belum begitu terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada semua tetamu yang mengunjungi blog ini dan kepada para tetamu yang pernah menginap di D'WanzaHomestay. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada Ramadhan pada tahun lalu.

Berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah lebih daripada itu. Latihan selama sebulan ini sepatutnya dapat menjadikan kita orang yang pandai mengawal tuntutan hawa nafsu, orang yang banyak bersabar dan orang yang sentiasa mensyukuri nikmat yang dianugerahkanNya kepada kita. Di samping itu bulan mulia ini sepatutnya menjadi titik tolak kita mempertingkatkan amal ibadat untuk dibawa sebagai bekalan ketika mengadapNya nanti...Kita tak tahu bila kita akan dipanggil kembali...
Kematian datang menjemput tak kira waktu, saya sentiasa berdoa, kiranya masatelah tiba untuk saya dipanggil pergi, biarlah ketika itu saya bukan dalam keadaan yang sibuk dengan hal-hal keduniaan, bukan pada ketika saya sibuk menguruskan homestay saya ni. Seboleh mungkin biarlah dalam keadaan saya sedang sujud mengadapNya.

Semasa bersolat di Masjid Nabawi dulu, dalam sujud saya sentiasa berdoa, sekiranya Allah jemput saya, biarlah semasa saya di tempat suci itu. Mudah-mudahan jasad saya dapat disemadikan dalam bumi yang sama di mana jasad Nabi Junjungan SAW kita disemadikan. Ameen.

Kepada para tetamu sekelian,

Kami ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada anda yang pernah dan akan menjadi tetamu kami. Justeru, kami telah 'menaik tarafkan' ruang dapur dan ruang tamu D'WanzaHomestay. Pulangan yang diperolehi selama ini kami kembalikan kepada para tetamu budiman sekelian.

Hasrat kami ialah supaya anda semua selesa dan damai selama menginap di sini. Dengan kadar sewa yang masih sama, cuma RM150 semalam, ianya cukup murah dan sangat menjimatkan jika dibandingkan dengan menyewa di hotel bagi kumpulan yang ramai. Tempat tidur berkatil untuk 6 orang, ada kemudahan dapur untuk memasak, peti sejuk untuk menyimpan makanan, periuk nasi elektrik, mesin basuh, dll- cuba bayangkan berapa puluh atau mungkin ratusan ringgit yang dapat dijimatkan untuk kos penginapan, makan di luar, dobi dll. Tambahan pula di bulan puasa - kemudahan dapur membolehkan anda menyediakan makanan untuk bersahur seperti di rumah sendiri! Lokasi yang strategik, berdekatan dengan masjid membolehkan anda memenuhi tuntutan sunat bertarawih walaupun semasa 'out station'. Kewujudan pasar Ramadhan di halaman masjid Bandar Perda memudahkan anda mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka.

Jadi - tunggu apa lagi? Jika anda perlu keluar kawasan, perlu bertugas atau ada urusan di daerah Seberang Perai, InsyaAllah D'WanzaHomestay adalah tempat penginapan yang sesuai untuk anda!

Wassalam

Jumpa lagi!

Wan
D'WanzaHomestay


Saturday, July 18, 2009

Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan.....

Alhamdulillah semenjak kebelakangan ini semakin ramai warga Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai yang berminat untuk mengusahakan homestay. Ya lah, daripada biarkan rumah kosong tiada penghuni lebih baik dibuat sesuatu - sekurang-kurangnya dapat juga menambah pendapatan. Atau pun daripada disewa secara tetap kepada orang tapi pulangan bulanannya tak cukup untuk tampung bayaran ansuran bulanan rumah, ditambah lagi dengan risiko-risiko lain seperti penyewa tak bayar sewa, rumah dan peralatan dalam rumah rosak, maka pilihan untuk mengusahakan homestay mungkin satu keputusan yang bijak.

Kepada rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam bisnes ini, semoga kita dapat bersaing secara sihat. Berlumba-lumba untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada tetamu kita di samping di cuba memperbaiki kelemahan. Saya juga masih baru, baru 14 bulan...kalau bayi mungkin baru bertatih, banyak lagi yang saya perlu pelajari dan ambil iktibar.

Di sebalik keghairahan untuk menarik tetamu berkunjung ke homestay kita, saya memperingati diri sendiri- apa-apa pun, sentiasa telus dan ikhlas. Jangan ada agenda tersembunyi, jangan ada 'hidden cost'. Saya cukup pantang kalau dlm iklan homestay ada tulis " Terms& Condition: Price and Equipment/furniture listed/shown are subject to change without prior notice." Apahal tak boleh beritahu awal2? Kalau ada perubahan, beritahu awal2, takkan tak ada contact number tetamu tu - maklumkan, "Maaf katil saya baru patah lepas tetamu keluar, jadi dalam bilik ketiga tu cuma ada tilam saja sebab tak sempat nak baiki katil". Atau "Kadar sewa Jumaat hingga Ahad RM150, hari-hari lain RM120 - tapi ini rate sah untuk unit pertama sahaja. Unit kedua saya kadarnya tetap RM150 sepanjang minggu".

Apa pun - semoga semua rakan-rakan homestay terus berjaya dan yakin dengan rezeki Allah. Peringatan untuk diri sendiri - jangan ada rasa iri dan hasad dengki. Kalau dah bukan rezeki kita, tapi rezeki orang lain, Alhamdulillah. Terus sebarkan perkhidmatan yang kita tawarkan.

Kepada para tetamu, kedatangan anda merupakan rahmat bagi kami. Kalau tetamu bertamu di rumah sendiri dikatakan datangnya membawa rahmat, dan pulangnya turut menghapuskan dosa tuan rumah, maka tetamu di homestay pula diharapkan turut membawa rahmat dan pulangnya membawa kenangan manis dan disebarkan pula kebaikan mengenai homestay kami kepada saudara mara dan sahabat handai.

Jumpa lagi di D'WanzaHomestay!

Wednesday, July 1, 2009

Tahniah Untuk Semua

Mei - Julai 2009 : Tahniah untuk Semua yang....

  • telah berjaya mendapat tempat di Kolej Matrikulasi PP / Kulim.
  • telah dan akan melangsungkan perkahwinan dengan orang Pulau Pinang.
  • anak/saudara mara baru mendaftar sebagai pelajar baru di UiTM PP pada 27 Jun.
  • anak/saudara mara akan mendaftar sebagai pelajar Politeknik SP pada 5 Julai.

Jutaan Terima Kasih dari kami. Kami cuba menyediakan yang terbaik untuk anda.

Harapan kami,

Kunjungan pertama anda bukanlah yang terakhir. Pengalaman anda di D'WanzaHomestay akan dapat dikongsi dengan saudara mara /sahabat handai / rakan taulan yang mungkin memerlukan tempat persinggahan dan penginapan seperti anda.

Wassalam.

D'WanzaHomestay

Tuesday, April 14, 2009

TAWARAN KADAR ISTIMEWA SEMPENA GENAP 1 TAHUN OPERASI D'WanzaHomestay

**Tawaran Kadar Istimewa untuk Para Tetamu yang dihormati sekelian

26 Mei 2008 - kali pertama D'WanzaHomestay menerima tetamu. Sebagai melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas sambutan yang diberikan maka Pengurusan D'WanzaHomestay bercadang untuk memberi kadar istimewa kepada anda semua - para tetamu kami!

Kadar istimewa :

RM 120 untuk 2h/1mlm pada hari biasa - hari Isnin/ mlm Selasa hingga hari Khamis/mlm Jumaat.

Kadar biasa dikekalkan:

RM 150 utk hari Jumaat/mlm Sabtu dan hari Ahad/mlm Isnin.

Tanpa mengurangkan apa-apa kemudahan sedia ada (malah kami telah menambahkan perabut lagi untuk keselesaan dan kemudahan para tetamu!) tawaran hebat ini akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.....

** Tawaran ini hanya sah untuk unit pertama sahaja ( yang genap 1 tahun tempoh operasi), akan bermula pada 26 Mei 2009!

Rancang percutian & perjalanan anda - cepat buat tempahan segera!

Jumpa anda di D'WanzaHomestay!!

Wan

0195525309 / 0134004066

Sunday, March 1, 2009

D'wanzaHomestay Penang-kemudahan dan kelengkapan terkini

3 bilik tidur + 2 bilik air
1 katil + tilam queen, 2 katil + tilam bujang, bantal, cadar + comforter
Sofa & karpet
TV, rice cooker, peti ais, kettle jug, sandwich maker, seterika + iron board
Dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk
Kipas angin di semua bilik dan ruang tamu

Terbaru

Astro
Mesin basuh auto
'Indoor games' - congkak dan carrom
Tilam dan bantal tambahan (RM10/set)

Akan di 'upgrade' satu hari nanti....


alat pendingin hawa dan pemanas air

KEISTIMEWAAN

Mengadap kolam renang (pool-view)
Pas masuk kolam renang ( setiap hari 11:00 am - 9:00 pm kecuali Isnin)
Petak parking khas

Berdekatan dengan :
-Masjid Bandar Perda ( 4 minit) - boleh dengar azan dengan jelas.
-Jaya JUSCO Bukit Mertajam ( 5 minit)
- Stesyen minyak/farmasi/restoren/kedai/gerai/Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat ( 4 - 5 minit)
-Tol jambatan Pulau Pinang (10 minit - bergantung kepada trafik)
-Butterworth - Kulim Expressway (BKE) - (10 minit)
-Politeknik Seberang Jaya ( sebelah pagar)
-UiTM Pulau Pinang ( 5 km)

Selesa...damai...dan murah....RM150 shj utk 2hari/1 malam bermula Januari 2009

HUBUNGI:

Wan: 019-5525309 / 013-4004066 / 013-4204066

Email: kayangku2@gmail.com atau dwanzahomestay@gmail.com

Saturday, February 21, 2009

Terima kasih dan Ucapan Penghargaan

Dah lama tak tulis apa-apa di blog ni. Tak berkesempatan nak ucapkan Selamat Maal Hijrah 1430, Selamat Tahun Baru 2009, Salam Maulidur Rasul dan lain-lain. Tak tercatat ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para tetamu yang telah menginap di D'WanzaHomestay semenjak Disember tahun lepas hingga hampir ke hujung Februari tahun ini.
Post terakhir saya - mengalu-alukan kedatangan :
- Pn Aida sekeluarga dari KL ( D'WanzaHomestay tempat persinggahan ketika menghadiri majlis perkahwinan di Baling).
- Norafifi sekeluarga (didoakan semoga Afifi dapat rakan serumah sewa yang ok, dapat belajar dgn baik - mak Fifi harap sangat Fifi belajar elok2 dan tidak terpengaruh dgn perkara-perkara tak baik...).
-Pn Jamnah, suami (serta adik ipar) yang 'PJJ'- isteri di KL, suami di Sarawak...kerana tugas -harap2 dah dapat bersama sentiasa.
- Dr Rohana dan keluarga dari Shah Alam - yang hanya sempat menginap semalam sahaja di D'WanzaHomestay dan terpaksa 'berpindah' ke tempat lain kerana ada tempahan awal lain utk malam berikutnya.
-En Yusli dan keluarga dari Pahang - dalam perjalanan yang jauh ke Sg Petani.
Terima kasih banyak -banyak di atas kesudian singgah ke sini dan maklumbalas yang diberikan. InsyaAllah kami akan kekalkan serta tambahkan kemudahan yang ada dari masa ke masa utk memastikan keselesaan yang tuan puan nikmati sangat berbaloi dengan kadar rendah yang dikenakan.
Untuk tahun 2009, ucapan terima kasih kami tujukan kepada sepupu Pn Jun, tak sempat nak bersua muka kerana saya kena out station hujung minggu tersebut. Pn Aminah dan anak-anak - kunjungan kali kedua selepas menginap selama seminggu pada tahun lepas, kakak Nun dan keluarga - maaf kerana mungkin suasana agak kelam kabut hari nak check out kerana ada tetamu lain yang buat tempahan utk masuk hari tersebut.
Kepada Pn Norlida dan keluarga dari Ipoh, harap puan berpuas hati dgn kemudahan yang disediakan serta pemandangan terus ke dewan club house/ kolam renang Kondominium Mutiara di mana berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara puan.
Tahniah dan terima kasih kepada En Razali dan keluarga dari KL kerana anak kedua berjaya mendapat tempat di MRSM Kepala Batas, dan terima kasih banyak-banyak kerana memilih D'WanzaHomestay lagi hari ini sbg tempat penginapan ketika menziarahi anak.
Kepada En Zamri dan rakan-rakan futsal- terima kasih kerana memilih D'WanzaHomestay walaupun saya yakin banyak tempat lain yang boleh dijadikan tempat penginapan bagi orang2 'bujang'. Mohon maaf sekali lagi kerana D'WanzaHomestay tidak menyediakan tuala sepertimana di hotel...InsyaAllah cadangan yang diberikan akan diberi perhatian. Gembira rasanya bila En Zamri kata buku Travelog Haji dan Travelog dakwah tu bagus...sempat juga dibaca walaupun sibuk dgn pertanding futsal di ..Safira??...Kami harap En Zamri dapat meneruskan bacaan buku tersebut bila kembali ke KL nanti - InsyaAllah ada dijual di MPH, kalau kami ada copy lebih, mungkin En Zamri dah dapat hadiah sebuah drp kami. Kami letakkan buku2 tersebut di homestay kerana inginkan tetamu kami berkongsi ilmu dan pengajaran yang kami dapat daripada buku berkenaan. Mudah-mudahan ia dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dalam hidup kita.
Kepada bakal tetamu lain - yang buat tempahan tak rasmi, saya akan menyusul melalui telefon utk pengesahan tempahan. Semoga kita dipertemukan kelak.
Alhamdulillah ramai kenalan baru kami - dan lebih ramai yang akan kami kenal apabila tetamu yang pulang memperkenalkan kami kepada kenalan mereka - Terima kasih lagi!
Sampai sini dulu....ada kesempatan saya akan buat catatan lagi.....