Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Tetamu yang dihargai,
Mengimbau kenangan semasa di Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah-Madinah menjadikan saya amat bersyukur dengan segala yang Allah takdirkan untuk saya. Doa yang saya sentiasa bisikkan dalam hati semasa sujud sentiasa Allah makbulkan. Benarlah yang selalu dikatakan orang - lintasan hati semasa di tanah suci sentiasa 'dibayar tunai'. Saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman, bukan niat untuk riya', takbur, sombong atau ada kepentingan lain. Saya mohon keampunan daripada Allah sekiranya unsur-unsur negatif itu menjadi lintasan dalam hati ini.
Hampir dalam setiap sujud terakhir apabila solat, saya sentiasa bisikkan, " Ya Allah, ampunilah dosa ku, aku hambaMu yang lemah, dosa ku banyak, amalanku kurang. Ya Allah berilah aku peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan sebanyak mungkin supaya dapat menjadi bukti dan bekalan semasa aku bertemu Mu kelak." Dan dengan segala KebesaranNya, Allah sentiasa dorongkan hati ini untuk bertindak sendiri...ketika di Arafah menjadi 'petugas tak rasmi' penyambut tamu dan penunjuk arah khemah kepada jemaah haji yang lambat sampai. Menjelang waktu subuh di Arafah dan Mina membantu makcik2 yang sesat selepas ke bilik air Ke hulu ke hilir menjengahkah kepala dari satu khemah ke satu khemah sambil membuat mengumuman kuat2 mencari waris makcik2 tersebut. Entah kenapa bila ada orang yang sesat di khemah kami, orang akan merujukkan mereka kepada saya...Alhamdulillah saya suka sangat2 sebab saya yakin Allah makbulkan doa saya!
Ketika di Mekah, boleh dikatakan selalu saja ada jemaah sesat jalan yang minta bantuan kami (ketika bersama suami atau kakak). Alhamdulillah ,kami cuba bawa mereka ke hotel berdekatan dengan masjidil haram yang jemaah di situ adalah di bawah kelolaan pakej anak syarikat Tabung Haji. Petugas di situ mempunyai akses dengan ibu pejabat tabung haji di Mekah. Pernah satu hari tu, hampir masuk waktu asar saya dan kakak berjalan cepat2 dalam masjid untuk mencari tempat yang sesuai utk solat. Tiba2 kami disapa dari belakang oleh seorang pakcik - dia sesat! Saya dan kakak buat keputusan segera, kami perlu bawa dia ke hotel yang saya nyatakan tadi, tapi dalam hati berbisik - susah nak cari tempat 'strategik' waktu asar nanti kalau dah lambat, orang pasti memenuhi setiap ruang. Tapi terdetik juga dalam hati - redha sajalah, Allah yang akan sediakan tempat untuk kita. Benar, ketika sampai di pintu masjid selepas berlari-lari anak menuju ke masjid, kami tak dapat masuk ikut jalan biasa. Dalam masjid, kami menyelit di tepi saf yang sudah dibentuk, tapi 'makcik2 polis' tak bagi - mungkin menghalang jalan. Akhirnya kami dapat duduk di satu tempat, menyelit tepi orang juga. Tiba-tiba 'polis-polis' dalam masjid mengarahkan jemaah di depan kami mengosongkan saf2 yang telah dibentuk. Harapan untuk 'dihalau' dari situ begitu tinggi, lepas ni pasti kami pula yang kena bangun. Tiba2 arahan kosongkan tempat berhenti, dalam beberapa ketika ruang di depan kami kosong, tempat kami selesa kerana saf kami adalah yang paling hadapan dalam kelompok itu. Yang paling menyentuh hati kami, kami baru tersedar yang posisi kami betul2 berada di depan pintu kaabah/ multazam. Air mata kami mengalir, bersyukur kerana Allah yang sebenarnya sediakan tempat ini untuk kami. Kalau diikutkan logik dan keadaan biasa, jika lambat ke masjid agak mustahil untuk dapat tempat solat sedemikian.
Sememangnya saya yakin, tempat itu memang Allah sediakan untuk kami, dan ditakdirkan bermula daripada hari itu, tempat itulah yang kami tuju apabila sampai awal di masjid. Mengikut cerita yang saya dengar dan daripada pengamatan, tempat itulah yang sangat 'strategik' untuk jemaah wanita dan sntiasa menjadi rebutan para jemaah wanita yang sudah berulang kali ke Mekah. Ada jemaah wanita yang bertanya kpd saya - siapa yang beritahu mengenai tempat itu...jawab saya - Allah tunjukkan!
Allah Maha Berkuasa..Dia yang Maha Mengatur. Kita hanya mampu merancang...seperti pemergian kami ke tanah suci, kalau ikutkan tahun giliran ke mekah semasa pendaftaran dibuat, kami adalah jemaah tahun ini 2009, tapi Alhamdulillah jemputan dari Allah sampai awal dua tahun! "Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"(Surah Ar Rahman)
Panjang sungguh post saya kali ni..ambil cuti hari ni...nak buat persiapan sikit2 utk raya esok. Di samping tu nak pergi kemas2 D'WanzaHomestay sebab raya kedua ada tamu nak masuk. Tahniah kepada Fisha - kerana akan melangsungkan perkahwinan dan kerana ambil langkah bijak booking homestay awal2...kalau tak salah seawal bulan mei lalu. Ramai yang tanya untuk tempah pada tarikh, tapi semuanya terpaksa 'dikecewakan' kerana habis di'borong' oleh fisha - 5 unit!
Jadi kepada bakal tetamu sekelian - kalau ada rancangan nak ke pulau pinang, perlukan penginapan, buatlah tempahan segera. InsyaAllah kami akan cuba sediakan yang terbaik untuk anda.
Akhir sekali, saya mohon keampunan dari Allah dan kemaafan daripada tuan/puan sekelian kerana coretan di atas. Bukan niat untuk sombong dan riya', sekadar berkongsi cerita dan pengalaman dengan hasrat agar kita semua lebih membesarkan keagungan Allah- tuhan sekelian alam.
Jumpa lagi dalam post akan datang.
Wassalam
Wan
D'WanzaHomestay
2 comments:
Salam kakwan..
Selamat hari raya kak wan. Linda dh baca semua tu.. rasa mcm tak sabar hati ni nk p sana.. Moga Allah bg jalan utk linda boleh merasa macam na kak wan rasa. Bersyukur la kakwan sbb Allah memilih kakwan ke tmpat suci.
Cantik. Mmg cantik homestay Cik Wan.
By the way, saya ada send email utk nak syer idea dengan Cik Wan.
Post a Comment