Masih belum begitu terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada semua tetamu yang mengunjungi blog ini dan kepada para tetamu yang pernah menginap di D'WanzaHomestay. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada Ramadhan pada tahun lalu.
Berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah lebih daripada itu. Latihan selama sebulan ini sepatutnya dapat menjadikan kita orang yang pandai mengawal tuntutan hawa nafsu, orang yang banyak bersabar dan orang yang sentiasa mensyukuri nikmat yang dianugerahkanNya kepada kita. Di samping itu bulan mulia ini sepatutnya menjadi titik tolak kita mempertingkatkan amal ibadat untuk dibawa sebagai bekalan ketika mengadapNya nanti...Kita tak tahu bila kita akan dipanggil kembali...
Kematian datang menjemput tak kira waktu, saya sentiasa berdoa, kiranya masatelah tiba untuk saya dipanggil pergi, biarlah ketika itu saya bukan dalam keadaan yang sibuk dengan hal-hal keduniaan, bukan pada ketika saya sibuk menguruskan homestay saya ni. Seboleh mungkin biarlah dalam keadaan saya sedang sujud mengadapNya.
Semasa bersolat di Masjid Nabawi dulu, dalam sujud saya sentiasa berdoa, sekiranya Allah jemput saya, biarlah semasa saya di tempat suci itu. Mudah-mudahan jasad saya dapat disemadikan dalam bumi yang sama di mana jasad Nabi Junjungan SAW kita disemadikan. Ameen.
Kepada para tetamu sekelian,
Kami ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada anda yang pernah dan akan menjadi tetamu kami. Justeru, kami telah 'menaik tarafkan' ruang dapur dan ruang tamu D'WanzaHomestay. Pulangan yang diperolehi selama ini kami kembalikan kepada para tetamu budiman sekelian.
Hasrat kami ialah supaya anda semua selesa dan damai selama menginap di sini. Dengan kadar sewa yang masih sama, cuma RM150 semalam, ianya cukup murah dan sangat menjimatkan jika dibandingkan dengan menyewa di hotel bagi kumpulan yang ramai. Tempat tidur berkatil untuk 6 orang, ada kemudahan dapur untuk memasak, peti sejuk untuk menyimpan makanan, periuk nasi elektrik, mesin basuh, dll- cuba bayangkan berapa puluh atau mungkin ratusan ringgit yang dapat dijimatkan untuk kos penginapan, makan di luar, dobi dll. Tambahan pula di bulan puasa - kemudahan dapur membolehkan anda menyediakan makanan untuk bersahur seperti di rumah sendiri! Lokasi yang strategik, berdekatan dengan masjid membolehkan anda memenuhi tuntutan sunat bertarawih walaupun semasa 'out station'. Kewujudan pasar Ramadhan di halaman masjid Bandar Perda memudahkan anda mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka.
Jadi - tunggu apa lagi? Jika anda perlu keluar kawasan, perlu bertugas atau ada urusan di daerah Seberang Perai, InsyaAllah D'WanzaHomestay adalah tempat penginapan yang sesuai untuk anda!
Wassalam
Jumpa lagi!
Wan
D'WanzaHomestay
No comments:
Post a Comment