Saturday, March 27, 2010

Salam Untuk Semua Tetamu/Bakal Tetamu dan Rakan-rakan Homestay

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

D'WanzaHomestay masih beroperasi seperti biasa walaupun tiada berita-berita terkini/post terbaru untuk tahun ini.

Kami ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada anda semua yang pernah menjadi tetamu kami yang telah menyebarluaskan maklumat homestay kami kepada saudara mara dan sahabat handai.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan pengusaha homestay di Pulau Pinang khususnya di daerah Seberang Perai yang telah mengikuti konsep D'WanzaHomestay. Jika 2 tahun yang lalu, apabila mencari perkataan "homestay" di Pulau Pinang menerusi internet, yang saya dapat hanyalah homestay di Mengkuang dan kalau tak salah di Balik Pulau - iaitu homestay yang benar2 berkonsepkan homestay dari aspek pelancongan. Alhamdulillah tak lama selepas saya mengiklankan D'WanzaHomestay di internet serta melancarkan blog ini, semakin banyak 'homestay Pulau Pinang' yang muncul dalam carian saya.

Saya bersyukur sebab kemunculan rakan-rakan homestay lain dapat membantu menampung permintaan homestay yang semakin meningkat sekarang, lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah- musim orang kahwin dan sewaktu pendaftaran pelajar di UiTM/Politeknik mahupun ke Kolej Matrikulasi.

Saya berharap kita semua - saya sendiri dan kepada rakan-rakan pengusaha homestay dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk tetamu kita. Saya mengingatkan diri sendiri agar biarlah di dalam hati ini tiada niat untuk bersaing- berlawan-lawan menarik tetamu untuk meraih keuntungan lebih. Saya berdoa agar saya sentiasa ikhlas dan redha dengan rezeki yang Allah tentukan untuk saya. Jika ditakdirkan saya dapat lebih -Alhamdulillah, mudah2an saya dapat memanjangkan sebahagian rezeki itu kepada insan lain yang lebih memerlukan. Jika memang telah tersurat tiada tetamu yang akan bertandang, Alhamdulillah juga - di sisi ALlah itu yang terbaik untuk saya...ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Janganlah kita berkeluh kesah seolah-olah tidak redha dengan ketentuanNya.

Apa rancangan yang sudah dibuat dan akan dilaksanakan untuk tahun 2010? - sudah nak masuk bulan April ni!

InsyaAllah kami akan:

1) Meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memberikan lebih kepuasan kepada para
tetamu.
2) Menawarkan kemudahan wifi - masih dalam proses, akan dilancarkan tidak lama lagi.
3) Memberi ganjaran istimewa kepada tetamu berulang pada kali ke 3 dan seterusnya
(samada dalam bentuk potongan kadar sewa istimewa atau pemberian hadiah istimewa)
4) Tetap mengekalkan kadar sewaan, 2Hari /1Malam RM150 untuk bilangan tetamu tidak
melebihi
8 orang. Tambahan RM20 akan dikenakan untuk bilangan tetamu seramai 10
- 12 orang (maksima).

Tuan/puan ada cadangan lain yang difikirkan lebih baik? Jika ada bolehlah utarakan kepada saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu2 saya sepanjang 2010 sehingga ke hari ini:

1) Rakan2 pasangan pengantin baru Maria & Hazim
2) En Mohd Rosli
3) En Sulaiman
4) Cik Mages
5) Puan Aliah Harun
6) En....& keluarga (Polis trafik dari Negeri 9)
7) Dr Roslan (kunjungan kali ke 2 dan 3)
8) En. Mohd Afandi (akan berkunjung lagi - kali ke 4)
9) En Hamzah
10) En Nizam
11) En Japri
12) En Najib dan rakan2
13) En Sharif & Pn Fatiah
14) Kak Ju & keluarga (Kelang)
15) Hj Asri & keluarga
16) En Saiful
17) En Rahim (ulang kunjung ke 2 untuk tahun ini)
18) En Arif
19) En Farid dan rakan2 (Carefour)
20) Pn Usha
21) Cik Syikin dan rakan-rakan
22) Cik Siti (Johor)

Kepada yang telah menempah untuk April - sempena konvokesyen Politeknik, Cik Ema, Puan Ana dan Cik Nazira, kedatangan anda dialu-alukan. Cik Mae dan Das- Selamat datang, anda nanti akan ditempatkan di unit ke 2 D'WanzaHomestay.

Terima kasih di atas kunjungan anda semua. Kehadiran anda amat dihargai. Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dan ketidaksempurnaan semasa menginap di tempat kami. Mohon beri pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan.

Sampai sini dulu. InsyaAllah ada kelapangan masa nanti saya menulis lagi.

Terima kasih untuk semua.


Jumpa lagi di D'WanzaHomestay

Wassalam

Wan
(Kak Wan)

2 comments:

  1. Join Us @ ABID HOMESTAY-->a single storey terrace (PENANG,MALAYSIA)
    Call us:-+6019-4576855
    Website:http://homestayabid.blogspot.com
    BEST LOCATION,,BEST RATE...WHY NOT???

    ReplyDelete