Assalamualaikum dan salam sejahtera,
November dan Disember - musim cuti sekolah, membawa maksud yang amat sinonim dengan musim kenduri kahwin.
Tahniah kepada Pn Faridah kerana menerima menantu selepas sambutan Aidil Adha baru2 ini. Tahniah juga kpd En Arid & ahli2 keluarga Pn Zurina yang pada telahan saya juga terlibat dalam urusan perkahwinan samada secara langsung atau tidak minggu lepas.
Kepada Puan Nadly, Puan Hasnor,En Syed, Cik Zarina,Pn Rugayah,Puan Rafidah, En Nizam, Cikgu Azizah, Puan Azizah- selamat datang ke D'WanzaHOmestay dan terima kasih kerana memilih tempat kami sebagai persinggahan untuk bersama-sama meraikan 'musim yang sedang melanda'.
Cik Norlailatul (atau mungkin akan bergelar Puan tak berapa hari lagi -terima kasih kpd sepupu puan, Pn Ros krn telah mewar-warkan tempat kami) dan En Ruslan dari Terengganu- terima kasih kerana akan mengulangi kunjungan ke sini.Untuk En Shamsuddin - selamat datang bersama keluarga untuk percutian tahunan sambil bekerja untuk kali kedua di D'WanzaHomestay. Kepada Datin Ros, terima kasih tak terhingga kerana sudi menjadi tetamu jangkapanjang tetap kami untuk kali ke 3. Kepercayaan Datin dengan perkhidmatan yang kami disediakan amat dihargai.
Selain musim masjid dibina, November dan Disember juga merupakan musim pendaftaran anak-anak kita ke Politeknik Seberang Perai (kemasukan November) dan ke UiTM (kemasukan Disember). Tahniah kepada Pn Selamah, Pn Junainah, Pn Ailin dan En...(tak sempat tanya nama sbb jadi 'walk in guest' ptg tadi) kerana anak-anak tuan/puan telah berjaya mendapat tempat di IPTA. Mudah2an mereka akan memperolehi kejayaan yang kita harapkan - kejayaan dunia dan akhirat.
Bagi kemasukan ke UiTM, kalau tak salah, surat tawaran akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Jadi jika tuan/puan ingin mendapatkan penginapan yang selesa, damai dan berbaloi, berjarak 4 km daripada UiTM Pulau Pinang, bersegeralah menghubungi kami..tempat terhad, hanya 4 buah sahaja, siapa cepat dia dapat. Bagi yang dari selatan tanahair atau dari negeri di pantai timur, ambillah kesempatan menghantar anak-anak tuan/puan ini untuk melancong ke Pulau Mutiara.
Untuk tuan/puan yang pernah berkunjung ke D'WanzaHomestay, terima kasih kami ucapkan. Kunjungan anda pada masa hadapan amat kami nantikan. Silap salah serta sebarang kekurangan kami mohon dimaafkan. Harap setiap sen yang tuan/puan bayar adalah dengan penuh keredhaan.
Bagi yang belum berkunjung ke tempat kami...anda bila lagi? Kedatangan anda amat kami alu-alukan!
Selamat tahun baru 1432H / 2011M! Mudah-mudahan Allah lapangkan, luaskan dan permudahkan laluan D'WanzaHomestay pada tahun-tahun mendatang. InsyaALlah.
Jumpa lagi!
Wassalam
Kak Wan
D'WanzaHomestay
Kondominium Mutiara
Bandar Perda Permatang Pauh Bkt Mertajam PP
C-08-01/C-08-12/C-16-01/ A-02-08
No comments:
Post a Comment