Salam untuk semua...
Sudah lama betul blog ini tidak dikemaskini dgn post terbaru. Diam bukan bermakna kami telah tidak lagi menerima tetamu...diam kami ialah kerana melayan tempahan homestay para tetamu yang dihormati sekelian! Alhamdulillah!
Mei 2012 nanti genap 4 tahun D'Wanzahomestay beroperasi...maknanya akan melangkah ke tahun ke 5 tak lama lagi. Bermula daripada sebuah cetusan idea spontan..direalisasikan dengan perancangan dan tindakan..Alhamdulillah, sebuah unit kondominium idaman yang hampir 90% perlu dipulihkan berjaya dimiliki daripada lelongan awam pada tahun 2007. Hampir setahun rumah yang dibeli 'terbiar tidak dibuat apa2' dek kerana ketiadaan modal.
Alhamdulillah dgn sedikit lebihan simpanan selepas rukun kelima ditunaikan, kerja-kerja pengubahsuaian dibuat. Peralatan dan kelengkapan rumah yang ala kadar - sesuai dengan kemampuan kewangan pada masa itu telah membolehkan kami menerima tetamu pertama pada Mei 2008, kadar sewa RM80/malam - tanpa meja makan, tanpa mesin basuh, tanpa astro, tanpa alat pendingin hawa. Yg ada - katil/tilam-utk 5 org, L-shape sofa (RM299), dapur gas 1 tungku, TV 16 inci dan peti ais. Langsir yg dipasang pun terpaksa mengikut kreativiti sendiri sebab kekangan bajet.
Bermula dari situ kami cuba untuk meningkatkan kemudahan kepada para tetamu. Hasil yang diperolehi dipulangkan kepada tetamu semula dgn cara menambah dan menaik taraf peralatan di homestay kami. Alhamdulillah,jiran sebelah rumah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk penguruskan rumahnya sebagai homestay. Daripada kosong tiada penyewa (dia serik sewakan rumahnya scr tetap sebelum ni), lbh baik dijadikan homestay. Unit kedua mula diiklankan...sambutan tempahan semakin menggalakkan! Alhamdulillah!
Masa berlalu..urusan menerima tetamu dan menguruskan fizikal homestay sudah tidak sempat kami lakukan sendiri. Alhamdulillah pada mulanya ada insan yang telah menawarkan diri untuk membantu, jadi kami tak perlu menunggu tetamu yang dijangka sampai dalam masa 30 minit tiba-tiba muncul 3 jam kemudiam! Atau kami tidak perlu lagi bergegas ke kondo selepas waktu kerja utk melakukan housekeeping dan balik rumah sendiri lewat malam kerana ada tetamu yang akan sampai esoknya! Urusan penyerahan kunci dan housekeeping diserahkan kepada insan yang sudi membantu itu.
Masa terus berlalu lagi...permintaan tinggi terutamanya menjelang musim pendaftaran pelajar baru ke UiTM, Politeknik telah menyebabkan saya berkempen kpd adik beradik lain spy membeli sebuah unit kondo di situ untuk dijadikan homestay. Alhamdulillah adik saya berjaya membeli rumah yang sudah sedia fully furnished dan terus dapat memulakan operasi menawarkan perkhidmatan homestay ini. Menyusul selepas itu kakak saya yang juga memperolehi sebuah unit hasil lelongan awam dan diamanahkan juga kpd saya untuk menguruskan rumahnya itu sbg homestay.
Daripada satu kini sudah 4 buah. Daripada kondominium mutiara bandar perda yang sekadar menjadi rumah kediaman persendirian atau rumah sewa kepada para pelajar politeknik dan uitm, kini pada perkiraan saya hampir 20 empunya rumah di kondominium mutiara ini menjadikan rumah mereka sebagai homestay. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah untuk semua.
Saya amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan seorang pembantu yang menyelesaikan banyak masalah menguruskan 4 unit homestay ini. Kak Ani - menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin...tidak pernah merungut penat walaupun terpaksa menyelesaikan urusan housekeeping 4 rumah sekaligus dan berulang alik berjalan kaki ke perkarangan masjid sbrg perai tengah bandar perda untuk menyerahkan kunci kepada para tetamu yang baru sampai. Rezeki halal dicari dari hasil titik peluh sendiri untuk menyara hidup- dgn 3 anak yang masih bersekolah dan seorang cucu yang masih kecil. Sikap peramah dan keikhlasan kak ani selalunya disenangi oleh tetamu yang datang, malah ada yang kadangkala masih menghubungi kak ani untuk bertanya khabar dan melakukan tempahan berulang homestay terus kpdnya!
Manusia...rambut sama hitam, hati lain-lain. Di antara ramai yang menyenangi, ada juga yang tidak puas hati...kak ani juga yang selalu menjadi mangsa rasa tidak puas hati tetamu yang bertandang. Semuanya kak ani telan dengan sabar..
Kami akur bahawa kami tidak mampu menyediakan segalanya dengan sempurna dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang berkunjung. Unit homestay kami tidak bertaraf 5 bintang, ada cacat celanya. Tapi yang kami cuba sediakan adalah yang terbaik semampu kami dan seadanya. Dengan nilaian RM150 - RM160/semalam, pada kami dan berdasarkan maklumbalas yang diterima dari sebahagian daripada hampir 500 tetamu(atau lebih)yg pernah bertamu - apa yang disediakan adalah amat berbaloi! Jadi, kepada bakal tetamu yang mengharapkan unit kondominium kami ini seperti luxury suite hotel 5 bintang- kami mohon berbanyak-banyak kemaafan, kami akan kembalikan duit deposit tuan/puan dan silalah check-in di hotel sekitar pulau pinang dengan nilaian RM150 - 160/malam.
Alhamdulillah kami telah menerima ramai tetamu yang ulang kunjung - ada yang sudah kali ke 4! Kami juga menerima tetamu yang datang berdasarkan 'recommendation' daripada sanak saudara atau rakan yang pernah ke tempat kami sebelum ini. Kami bersyukur kepada hadrat Illahi dan berterima kasih kepada para tetamu yang budiman sekelian kerana telah sudi menjadi tetamu yang berhemah di D'WanzaHomestay. Mudah2an tuan/puan serta keluarga sentiasa mendapat rahmat dariNya.
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan kondominium mutiara dan para penduduk di sini-terutama di Blok C dan A kerana menerima tetamu-tetamu kami sebagai penduduk sementara di sini. Mohon maaf sekiranya ada aktiviti/perlakuan para tetamu kami yang menganggu ketenteraman tuan/puan.
Kepada rakan-rakan homestay di Kondominium Mutiara- selamat maju jaya untuk semua - InsyaAllah rezeki Allah melimpah untuk semua.
Kepada yang pernah bertamu dan kepada bakal tetamu - terima kasih tak terhingga di atas sokongan yang diberikan. Kunjungan tuan/puan kami nantikan.
Mohon jutaan kemaafan sekiranya ada yang terkurang atau tidak selesa.
Terima kasih
Jumpa lagi....
Wassalam
kak wan
Hubungi
Wan
0195525309/0134004066 (whatsapp, tel, sms)
0195525309/0134004066 (whatsapp, tel, sms)
0162185309
Email:
dwanzahomestay@gmail.com
Lokasi:
Blok C & Blok A, Kondominium Mutiara
Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Permatang Pauh Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Kadar sewa :
RM 150 / malam untuk satu unit (tanpa alat pendingin hawa di bilik tidur utama - semua bilik berkipas)
RM 160/malam untuk satu unit (dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama dan & kipas angin di kesemua bilik)
-kadar yang sama walaupun pada hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah.
*potongan sehingga lebih 40% jika menginap untuk jangkamasa panjang.
*mengikut terma dan syarat
Kemudahan & Kelengkapan
Email:
dwanzahomestay@gmail.com
Lokasi:
Blok C & Blok A, Kondominium Mutiara
Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Permatang Pauh Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Kadar sewa :
RM 150 / malam untuk satu unit (tanpa alat pendingin hawa di bilik tidur utama - semua bilik berkipas)
RM 160/malam untuk satu unit (dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama dan & kipas angin di kesemua bilik)
-kadar yang sama walaupun pada hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah.
*potongan sehingga lebih 40% jika menginap untuk jangkamasa panjang.
*mengikut terma dan syarat
Kemudahan & Kelengkapan
3 bilik tidur/2 bilik air/ katil utk 5-6 org/TV (astro)/peti sejuk/kemudahan dapur dan alatan memasak/mesin basuh/periuk nasi elektrik/cerek/alat pemanas air/seterika/set sofa dan meja makan dll.
Pas kolam renang dan tag keluar masuk kondo.
(Semua bilik dan ruang tamu berkipas)
Masa Daftar Keluar-Masuk:
Masuk: 2:30 ptg
Keluar: 12:00 t/hari
Bilangan Tamu:
Ideal : 6 orang dewasa
Maksima: 10 orang (termasuk kanak-kanak)
(Jika ahli keluarga lebih daripada bilangan maksima, tetamu disarankan membuat tempahan lebih daripada 1 unit untuk menjamin keselesaan).
kolam
ruang tamu- Unit 01
ruang tamu / ruang makan - Unit 01
dapur-Unit 01
master- Unit 01
master-Unit 01
bilik 2 -Unit 01
bilik 3 -Unit 01
Ruang tamu/ruang makan: Unit 02
Dapur - Unit02
Master- Unit-02
Bilik 2 -Unit2
Bilik 3 -Unit 02
Sunday, December 4, 2011
Selamat Bercuti Hujung Tahun....imbasan menuju tahun ke 5 D'WanzaHomestay
Posted by D'WanzaHomestay Group at 2:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment