.....Semenjak Mei 2008.......sebagai pelopor homestay di Kondominium Mutiara dan antara yang terawal di Pulau Pinang.

Berkonsepkan 'layan diri'...anda seperti berada di rumah sendiri bebas bergerak dan beraktiviti mengikut tujuan anda bermusafir.

Sudah ramai yang menjadi tetamu di homestay kami...
Anda bila lagi?

Berita semasa

1. Untuk keselesaan para tetamu sekelian dan atas permintaan ramai, kami telah melengkapkan 3 daripada 4 unit homestay kami dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama. Kadar sewa baru ialah RM160 utk semalam, masih jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan sewaan sebuah bilik hotel. Di sini anda seperti berada di rumah sendiri, - lengkap dengan TV (Astro), peti sejuk, dapur, rice cooker, peralatan asas memasak, disiapkan dengan mesin basuh.

2. Untuk rombongan yang menggunakan bas, adalah dimaklumkan bahawa bas atau sebarang kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kondominium atas sebab- sebab tertentu. Penumpang perlu berjalan masuk antara 100-200 meter ke blok-blok kondominium yang berkenaan.


PENGUMUMAN

Kepada tetamu dan bakal tetamu yang dihormati sekelian,

Sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat berikut semasa menginap di D'WanzaHomestay:

1. Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram, anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama. Sekiranya anda bersama dengan rakan-rakan berlainan gender, sila pastikan lebih daripada satu unit ditempah.

2. Anda meletakkan kenderaan di petak-petak parking yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan sahaja: Samada C-12, C-132, C-224 atau di sekitar Rumah Kelab Kondominium.

3. Anda menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Kondominium Mutiara. (Rujuk Terkini- Syarat dan Kemaskini Peraturan)

4. Anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di D'WanzaHomestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok A. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.

5. Anda tidak membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.

6. Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara' (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

7. Sekiranya anda menginap di lebih daripada satu unit D'WanzaHOmestay, sila pastikan barang dan peralatan di dalam homestay tidak dipindah/dialihkan ke unit lain.


Harapan kami - anda semua dapat mematuhi syarat dan peraturan tertera di atas untuk memastikan kesejahteraan bersama.

Terima kasih.

Jumpa di D'WanzaHomestay



Hubungi

Wan

0195525309/0134004066 (whatsapp, tel, sms)
0162185309


Email:

dwanzahomestay@gmail.com


Lokasi:

Blok C & Blok A, Kondominium Mutiara
Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Permatang Pauh Bukit Mertajam
Pulau Pinang


Kadar sewa :

RM 150 / malam untuk satu unit
(tanpa alat pendingin hawa di bilik tidur utama - semua bilik berkipas)

RM 160/malam untuk satu unit (dengan alat pendingin hawa di bilik tidur utama dan & kipas angin di kesemua bilik)

-kadar yang sama walaupun pada hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah.
*potongan sehingga lebih 40% jika menginap untuk jangkamasa panjang.

*mengikut terma dan syarat

Kemudahan & Kelengkapan


3 bilik tidur/2 bilik air/ katil utk 5-6 org/TV (astro)/peti sejuk/kemudahan dapur dan alatan memasak/mesin basuh/periuk nasi elektrik/cerek/alat pemanas air/seterika/set sofa dan meja makan dll.

Pas kolam renang dan tag keluar masuk kondo.

(Semua bilik dan ruang tamu berkipas)


Masa Daftar Keluar-Masuk:

Masuk: 2:30 ptg

Keluar: 12:00 t/hari


Bilangan Tamu:

Ideal : 6 orang dewasa

Maksima: 10 orang (termasuk kanak-kanak)

(Jika ahli keluarga lebih daripada bilangan maksima, tetamu disarankan membuat tempahan lebih daripada 1 unit untuk menjamin keselesaan).

kolam

kolam
(maaf, buat masa ini ditutup kerana masalah selenggaraan)

ruang tamu- Unit 01

ruang tamu- Unit 01
Ada kipas siling 2 unit

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

ruang tamu / ruang makan - Unit 01

dapur-Unit 01

dapur-Unit 01
Peti sejuk/rice cooker/kettle jug/sandwich maker/dapur 2 tungku/mesin basuh auto (tiada dlm gambar)/set pinggan mangkuk/periuk/kuali

master- Unit 01

master- Unit 01
Katil queen+almari+meja solek+ kipas siling + bilik air & alat pemanas air

master-Unit 01

master-Unit 01
Masjid/MPSP dan pool view dari tingkap bilik.

bilik 2 -Unit 01

bilik 2 -Unit 01
Katil bujang + pull out + almari baju + seterika dan iron board + kipas siling

bilik 3 -Unit 01

bilik 3 -Unit 01
Katil bujang + pull out + chest drawer + kipas dinding (tiada dlm gambar)

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02

Ruang tamu/ruang makan: Unit 02
View Bandar Perda dari balkoni -JJusco/MPSP/masjid dll

Dapur - Unit02

Dapur - Unit02

Master- Unit-02

Master- Unit-02
Masjid+MPSP & pool view dari tingkap

Bilik 2 -Unit2

Bilik 2 -Unit2

Bilik 3 -Unit 02

Bilik 3 -Unit 02

Monday, August 26, 2013

Salam Aidil Fitri 1434 Hijrah (2013 Masihi) & perkongsian pengalaman...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam Aidil Fitri utk semua dan mohon maaf zahir dan batin.

Biarpun sudah lebih 2 minggu berlalu, namun sepertimana biasa - rakyat Malaysia masih dengan aroma 'riang ria' menyambut hari raya... Mudah-mudaha kita tidak lupa dengan kesengsaraan yang menimpa saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan semua umat Islam yang ditindas di seluruh dunia. Ya Allah bantulah mereka!

Sudah bersawang blog ni...tapi insyaAllah dan alhamdulillah homestay masih tidak bersawang. Kami masih beroperasi seperti biasa - sejak tahun pertama 2008, kini sudah memasuki tahun ke enam 2013..syukur alhamdulillah. Homestay kami masih menjadi pilihan tetamu yg berkunjung ke Pulau Pinang. Pelbagai kenangan pahit manis... alhamdulillah Allah masih mengizinkan kami beroperasi walaupun dengan segala dugaan dan ranjau yang telah ditempoh selama ini.

Ulang kunjung yang mencecah bilangan 7-8 kali tetamu tetap kami, banyak memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perkhidmatan ini.Syukur Alhamdulillah!

2-3 bulan lepas seorang hamba Allah menghantar emel untuk minta pandangan mengenai homestay dan pengurusannya. Beliau bercita-cita untuk memulakan homestay di kondominium mutiara, tapi masalahnya beliau tinggal di negeri lain..susah nak uruskan serah dan ambil kunci bila ada orang nak masuk katanya.

Dari pengalaman saya dan kak ani (pembantu homestay), masalah untuk urusan serah dan ambil kunci mungkin memberi sumbangan 10% sahaja kepada keseluruhan masalah yang ada. Ia dapat diselesaikan dgn mudah kalau tetamu menepati waktu dan jika owner homestay sanggup untuk tidak terlalu berkira. Banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan salah satunya - dan mungkin faktor utama .. balik modal kah? berbaloikan?

Ini petikan jawapan emel saya kepada hamba Allah yang bertanya...(ada sikit yang saya editkan agar sesuai utk tatapan umum). Harap tuan/puan dapat menilai sendiri dan membuat keputusan sendiri sekiranya ada yang mempunyai hasrat dan pertanyaan yang sama seperti hamba Allah tersebut:

"Berkenaan hmstay..k.wan dh buat sejak 2008. Alhamdulillah mula2 handle sndiri lps tu mnta tlg jiran dan akhir sekali sejak 2009 ambik k.ani kerja tetap bila dah tak berdaya nk urus sndiri.

K.ani dibayar gaji tetap ( samada org sewa atau tdk) sbyk rm100 bg stiap hmstay yg dia handle. Setiap kali org msuk keluar dia akn uruskan penyerahan knci dan penerimaan bayaran dan buat housekeeping selepas org keluar. Urusan byrn maintenance dan masalah teknikal lain dia akn tlg selesaikn kalau k.wan tak sempat. Utk urusan housekeeping dia menerima byrn rm 30-40 termasuk urusan basuh cadar.

Buat masa ni k.ani tlg handle 4 unit hmstay yg k.wan uruskan.

Ramai yg tanyakan kpd k.wan berkaitan hal ini..tapi fikir panjang lps tu sbb kak wan rasa soal nk kluarkan rm100/bln tu..kalau ada org msuk byk kali ok la jg blh cover..kalau tak ada maknanya mmg kena kluarkan duit sndiri - bkn duit yg msuk!

K.wan diberi amanah.spenuhnya utk menerima tempahan 3 hmstay lain -kakak, adik dan jiran sblh kondo.dan.menguruskan kwangan dan masalah2 teknikal. Utk setiap kali org msuk k.wan akan potong 30%. Cth, sewa rm150, k.wan potong rm45, dr situ Rm30 utk k.ani, k.wan ambil bakinya sbg upah pgurusan-mengmbil- mengatur tmpahan, inform k.ani, bil tel, buat laporan pendapatan kpd owner dan perbelanjaan dll. Kalau org ddk lama, k.wan akan potong antara 20-30% ..tgk keadaan sbb k.ani akan buat housekeeping semasa org menginap dan slps org keluar + byrn utk k.wan sbb berjaya deal dgn tetamu. Oh ya..semua bil letrik/air/astro dll owner rmh tanggung.

Mengenai risiko..mmg byk! Perabot rosak/paip patah/kad astro/akses kondo/ kad kolam dihilangkn/habis cadar dan selimut yang disimpan diselongkar dari almari/ penduduk tetap marah psl parking (mungkin ada masa guest hmstay yg terambik parking depa walaupun peraturan parking telah dimaklumkan). Pelangan tak puas hati..marah2 dll (ni kes manusia2 yg expect kondo btaraf 5 bintang dgn byrn rm150-160/mlm). So far alhamdulillah 95% tetamu faham dan baik hati..malah ada yg ulang datang shingga 7-8 kali! Yang 5% tu..walaupun sikit - tapi kesannya perit/pedih/sedih cukup lama nak hilang.

Secara jujur...kak wan kalau k.ani dah tak nak kerja atau tak larat nak kerja mgkin k.wan akan sewakan secara tetap. Tak mampu nak handle sendiri dah! Dan kak wan rasa inilah jg antara sbb knpa org lain yg sblm ni mngikut jejak k.wan buat hmstay akhirnya sewakan rumah scr tetap skrg..(pernah satu masa dulu k.wan rasa ada lbh drp 20 org buat hmstay kat kndo...Alhamdulillah ramai geng masa tu! Tapi skrg ni mgkin dah tak smpai 10 buah yang beroperasi.

Ok lah ni sj yg dpt k.wan kongsikn..maaf jk ada yg tak tersampai.

Tkasih, wassalam."

_____________________

Itulah jawapan jujur dari saya kepada hamba Allah yang bertanya...dan dia selepas menerima emel ini dia dah tak balas lagi....Wallahualam.

Jika sanggup menanggung risiko - insyaAllah kita boleh bertahan!

Mohon selalu kepadaNya - InsyaAllah Dia sentiasa dan Maha Mendengar. Betulkan niat - mudah2an usaha ini dapat menjadi amal jariah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Sampai di sini dulu - insyaAllah saya akan menulis lagi - semoga saya dapat 'merajinkan diri'!

Wassalam

Kak Wan

D'WanzaHomestay

0 comments: